BN hadapi PRU ke-12 dalam keadaan yang paling kecoh

Rasanya kali inilah pilihan raya yang paling kecoh dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam menentukan calon, walaupun media massa arus perdana sedaya upaya 'menutupnya' dari pengetahuan umum.
-->
Bantahan di mana-mana, termasuk kubu kuat Umno/BN di Johor membuat protes besar-besaran membantah Dr Robiah Kosai dicalonkan semula di DUN ungai Balang dalam Parlimen Muar.
Rasa tidak puashati itu diketuai sendiri Ketua Umno Bahagian Muar, Dato' Mohd Ismail Mohd Shah walaupun Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman tetap berkeras mahu Dr Robiah dikekalkan.
Dr Robiah akan berdepan dengan calon PAS, Malik Mohd Diah dalam pertandingan satu lawan satu.
Tidak mustahil, PAS akan dapat menawan kawasan ini jika pengundi-pengundi yang selama ini menyokong Umno/BN mahu memberi isyarat kepada MB Johor, supaya tidak membuat pilihan sesuka hati.
Dari sejarah lalu, Parlimen Muar pernah kehilangan satu kerusi, apabila DUN Parit Bakar dimenangi calon Parti Melayu Semangat 46, apabila calon BN, Zakaria Mahadi ditewaskan Haji Kahar Ahmad.
Sementara itu di Perlis, 'pertelingkahan' Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad dengan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim diliat pemerhati politik sebagai 'angkara biasa' Radzi.
Radzi yang mengetuai Umno Bahagian Kangar juga pernah 'bertelingkah' dengan Menteri Besar Perlis terdahulu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh yang mengetahui Umno Bahagian Arau, hingga menyebabkan di kalangan pemerhati politik mengelarkan Perlis yang hanya mempunyai dua bahagian ketika itu, sebagai Korea Utara dan Korea Selatan.
Malahan, Radzi dalam tahun 1988 pernah dilaporkan mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kangar dan mahu bertanding semula, ekoran kejayaan Dato' Shahrir Abdul Samad di Johor Baharu, mengalahkan calon Umno/BN dengan majoriti besar.
Di Kedah, calon BN DUN Jitra, Aman Khan Hussein nyaris-nyaris memalukan Umno/BN jika tidak menarik diri disaat-saat akhir dan sempat digantikan dengan bekas Senator dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Saad Man.
Di Kelantan, hubungan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan 'renggang' dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa ekoran peristiwa calon BN di DUN Kijang.
Umno/BN Kelantan sebenarnya tidak yakin dapat menguasai Kelantan dengan 'memujuk' Dato' Dr. Awang Adek Hussein bertanding dua kerusi, Parlimen dan DUN bagi memastikannya boleh diselamatkan jika Umno/BN tewas.
Satu sumber dalaman Umno memberitahu, Dr. Awang Adek enggan dicalonkan di peringkat DUN sahaja kerana tidak yakin Umno/BN boleh menang di Kelantan tetapi disebabkan Perdana Menteri tidak yakin dengan kepimpinan Annuar, maka nama Annuar tidak disenaraikan sebagai bakal MB Kelantan jika Umno/BN berkuasa.
Di Terengganu, peluang PAS kembali berkuasa di negeri yang dikenali sebagai Kuwait Malaysia ini akan tercapai kali ini apabila Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh dilihat terlalu angkuh dengan kedudukan dan jawatannya.
Pengguguran Dato' Abdul Rahman Bakar dan Dato' Rosli Mat Hassan yang dilihat sebagai 'menjauhkan pesaing jawatan Menteri Besar' dan sekaligus membuktikan Umno Terengganu sebenarnya menghadapi masalah dalaman yang cukup besar.
Pengaruh Rahman dan Rosli ditambah dengan sokongan Senator Dato' Wan Farid Wan Salleh dipercayai akan meruntuhkan 'populariti' Idris di peringkat nasional, sekaligus akan menyaksikan Terengganu akan mendapat khidmat Menteri Besar baru, walaupun Umno/BN menang, dalam masa yang singkat. - mr
Cetak

No comments

Powered by Blogger.