Rakyat dijemput bermunajat bersama Tok Guru pertahankan Kerajaan PAS


KOTA BHARU, 15 Feb (Hrkh) - Satu majlis 'Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru' akan diadakan pada Sabtu ini, 16 Februari di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu bermula jam 3.30 pagi.
-->
Program anjuran Dewan Ulamak PAS Kelantan ini diadakan khusus untuk memohon pertolongan dari Allah supaya diberi kekuatan untuk mempertahankan kemenangan Islam di negeri Serambi Mekah itu khasnya dan Malaysia amnya.
Orang ramai dijemput untuk sama-sama hadir bagi mengimarahkan program tersebut sempena kedatangan pilihan raya umum ke-12.
PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan selama 18 tahun sejak 1990 sehingga kini.
Namun, pada pilihan raya umum kali ini, BN bersungguh-sungguh mahu merampas kerajaan, ditunjukkan dengan keghairahan pemimpin-pemimpin utamanya turun ke negeri tersebut untuk mempengaruhi rakyat beralih sokongan pada pilihan raya umum pada 8 Mac ini.
Setakat ini, pelbagai insiden awal berlaku sekitar Kelantan walaupun proses penamaan calon masih belum dijalankan atas keterdesakan pihak Umno-BN untuk mencapai hasratnya itu. - mr

No comments

Powered by Blogger.