DBKL 'zalimi' peniaga kecil dan kami
Assalamualaikum,
Hari ini (30 Januari), seperti biasa kami makan tengahari di gerai nasi campur dan tomyam Kak Nah di Jalan Gallway berhampiran IPK KL yang terletak di belakang Hotel Swiss Garden Jalan Pudu.
-->
Jalan Gallway yang panjangnya lebih kurang 500 meter ini mempunyai tiga buah gerai makan Melayu, satu kedai makanan India dan satu kedai menjual suratkhabar.
Yang luar biasanya, hari ini adalah hari terakhir mereka berniaga di tapak ini kerana telah diarah untuk robohkan sendiri tempat perniagaan mereka oleh DBKL, kerana berniaga tanpa lesen.
Sehingga maklumat ini di tulis, DBKL telah merobohkan kedai India dan kedai suratkhabar tersebut sementara tiga gerai Melayu berkenaan memohon untuk merobohkan gerai mereka esok (31 Januari) memandangkan segala juadah telah siap dimasak.
Permohonan lesen ditolak
Memang diakui semua peniaga ini berniaga tanpa lesen yang sah dan terletak di atas rizab jalan, tapi bukan mereka tidak pernah memohon lesen. Mereka memohon tapi permohonan mereka itu ditolak oleh DBKL.
Sebelum ini, perniagaan mereka di sini tidak menghadapi masalah. Tetapi, sejak pihak pengurusan Hotel Swiss Garden membina 'service apartment' di belakang hotel yang sedia ada ini iaitu bersebelahan gerai-gerai ini, maka tamatlah punca rezeki para peniaga ini di sini.
Dengan arahan perobohan oleh DBKL terhadap gerai-gerai ini bukan sahaja menutup punca rezeki para peniaga tersebut tetapi juga telah menyusahkan kami para pekerja di kawasan ini untuk makan tengahari kerana kawasan ini mempunyai gerai makanan yang terhad.
Gerai-gerai ini sebelumnya dapat menyediakan hidangan minum pagi dan makan tengahari dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu sekitar serendah RM3 sehingga RM4.
Selepas ini peniaga-peniaga ini belum tentu ke mana harus dituju untuk mencari rezeki. Sementara kami terpaksa mencari gerai lain untuk makan tengahari yang harga makanannya pasti akan lebih mahal.
Kesimpulannya, DBKL bukan sahaja menzalimi para-peniaga tersebut bahkan secara tidak langsung turut menzalimi kami yang berpendapatan sederhana ini.
Nampaknya di samping barangan lain yang telah naik, kini kos makan tengahari kami turut akan naik. --- aba.

No comments
Post a Comment