"Terfikir tentang berita-berita yang dipaparkan di dada akhbar utama Mingguan. Semestinya kita sudah dapat merasakan kehangatan suasana pilihanraya begitu menghampiri kita. Samaada kita leka ataupun sudah bersiap sedia terserah untuk kita renungkan tahap mana kita berada.Terbaca muka hadapan akhbar mingguan kebanggaan orang melayu kita sebelah sana, “kerajaan memerintah menjanjikan limpahan pembangunan di Kelantan jika diberi mandat pilihanraya akan datang”. Terfikir juga, macam mana boleh sampai melimpah?. Selalunya perkara melimpah ni bermaksud sudah ada, dan jika ditambah melimpahlah ia…. Ini bermakna mereka telah secara tidak langsung mengakui pembangunan yang sudah ada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.Sebenarnya siapa yang tidak mahukan pembangunan?. Tetapi jika sebuah negeri itu terlimpah-limpah dari segi pembangunannya maka takutlah pula nanti tak dapat bezalah pula hamba Allah yang akan datang mana satu Ibu Negara. Pembangunan sebenarnya adalah dari pembagunan kerohanian, keimanan, akhlak dan mana-mana difikirkan patut.Tidak dikecualikan juga petikan akhbar yang menyatakan pihak sebelah sana bersiap sedia menghadapi pembangkang seolah-olah mereka sudah mengakui bahawa pembangkang adalah sebuah jentera besar sehingga mereka yang bersiap sedia.Namun demikian, kedudukan islam tidak sepertinya berlaku seperti sekarang. Islam yang sepatutnya memimpin bukan menjadi pembangkang walaupun pembangkang yang kuat. Tetapi hakikat yang berlaku adalah disebalik.Fikirlah wahai pengundi-pengundi. Tiada gunanya pembangunan jika kita sendiri yang akan merempat setelah tidak dapat menempah nama di sebalik pembangunan tersebut. Jadilah insan yang bermoral bukan rosak moralnya. Kemanakah kita jika ramai yang akan menyisihkan kita kerana rosaknya moral. Ingatlah! Jika kita masih bercita-cita hendak melihat kebenaran islam tertegak di atas muka bumi ini maka terbuktilah bahawa hati kita masih bersih dan secara tidak lansung kita akan bermoral tinggi dan akan cuba didampingi oleh orang-orang yang berakhlak bahkan kita juga dikalangan mereka.Inilah hakikatnya, kalangan kita sekarang masih tidak dapat membezakan manakah patut,manakah perlu,manakah arahnya bahkan kemanakah hala tujunya?. Terserah kepada kita untuk menilai, bukan mencari nilai di sebalik pencarian itu. Hala tuju kita sebenarnya sama. Tidak kemana-mananya kita setelah penghujung usia. Walaupun berpangkat sekalipun, arwah jugalah gelarannya. Biarlah anda sendiri berfikir…………"
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments
Post a Comment