Lambakan pekerja asing membahayakan negara
Pekerja asing tidak akan meningkat hingga lima juta orang menjelang 2010. Itu adalah jaminan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (dipanggil anak Badawi) bahawa kerajaan pimpinannya akan menyediakan pendekatan dan perancangan teliti bagi memastikan jumlah pekerja asing tidak menjadi lambakan di negara ini.
-->
Membaca kenyataan Menteri Sumber Manusia, Dato' Seri Dr. Fong Chan Onn baru-baru ini, seolah-olah akan berlaku lambakan pekerja asing di negara ini hingga ke angka yang cukup besar menjelang 2010 dan akan terus meningkat ketika Wawasan 2020 dicapai.
Kenyataan ini jika menjadi realiti amat menakutkan rakyat yang pastinya terpaksa bersaing hebat dengan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Fenomena ini hanya mampu disekat oleh dasar-dasar kerajaan yang efektif. Jika langkah menghapuskan jurang permintaan dan penawaran di pasaran tenaga kerja lembap atau gagal diambil, gejala lambakan pekerja asing akan mengundang malapetaka baru secara jangka panjang di negara ini.
Sebilangan kecil angka pekerja asing yang ada pada masa sekarang, sudah cukup memualkan dengan gejala jenayah hinggalah kepada perkahwinan dengan rakyat tempatan. Semuanya ini, simbol kurang sihat yang lahir dari kemasukan pekerja asing secara sah dan haram ke negara ini sejak dua tiga dekad yang lalu.
Cuba bayangkan, jika lima juta pekerja asing berkampung di negara ini, bagaimana nasib rakyat tempatan untuk mencari makan?
Sedangkan implikasinya, masa depan rakyat (pekerja tempatan) terutamanya yang berpendapatan rendah akan diragut sewenang-wenangnya.
Dalam iklim sekarang pun, kadar pengangguran kalangan graduan universiti terus meningkat, dan ini agak sukar dibendung jika lambakan pekerja asing nanti mencengkam peluang pekerjaan tanpa mengira sektor. Yang bukan graduan juga, ramai yang menganggur!
Persaingan sengit antara penduduk tempatan dan pendatang asing ini, sudah tentulah akhirnya akan memberikan kesan politik.
Bagi syarikat yang beroperasi, mereka sudah tentu "pejam sebelah mata" soal kepentingan penduduk tempatan jika pendatang asing boleh dibayar upah pada kadar murah dan berbaloi. Ini menguntungkan mereka.
Soalnya, masa depan rakyat direntap oleh orang luar di negara sendiri. Di manakah harga diri dan kedaulatan kita sebagai warganegara?
Di sinilah pihak kerajaan mesti mengemukakan pelan atau formula efektif untuk mengelakkan warga sendiri menjadi pembonceng atau kelas kedua yang terpaksa meminta sedekah mendapatkan pekerjaan.
Sekalipun, kedatangan pelabur luar dan keperluan mereka untuk mendapatkan buruh yang murah akan menguntungkan negara, namun isu ini jangan sekali- kali dijadikan asas untuk meminggirkan penduduk tempatan dan membiarkan lambakan pekerja asing ini.
Memanglah, sebarang usaha untuk menyekat atau menghambat kemasukan pekerja asing ini akan menyulitkan kerajaan, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Namun, harapan kita biarlah pendekatan dan perancangan seperti yang diumum oleh anak Badawi untuk menghalang peningkatan lambakan pekerja asing itu, akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat yang menjadi pekerja tempatan.
Tidak ada gunanya, kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Ini kerana, kesan paling keras akan dirasai oleh kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Mereka sudah tentu tidak upaya untuk bersaing. Apatah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan, cukup menyenakkan.
Paling membahayakan kita, pekerja asing yang telah menetap bertahun-tahun, berkahwin dan melahirkan anak di negara ini, lama-kelamaan akan menjadi penduduk tetap dan menjadi sebahagian rakyat di negara ini.
Akhirnya, keturunan mereka dalam jangka masa yang panjang, akan menjadi warganegara dan layak mengundi untuk menentukan ketuanan negara. Hal ini berlaku di Eropah.
Jika iktibar di Asia Barat menjadi contoh, pekerja asing hanya dianggap komoditi untuk menggerakkan ekonomi negara tanpa mengiktiraf hak mereka.
Yang jelas, lambakan pekerja asing perlu ditangani segera melalui dasar efektif. Ini kerana implikasinya cukup meresahkan dan tidak keterlaluan boleh mengundang bahaya buat negara. Jangan sudah terhantuk baru tengadah, atau nasi sudah menjadi bubur; barulah mahu diambil tindakan. Semuanya ketika itu sudah terlewat!

No comments
Post a Comment