Pindaan AUKU hanya kosmetik- SMM
(Oleh: Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 9 April: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 hari ini bersifat kosmetik dan hanya bertujuan meredakan kemarahan mahasiswa.
Presiden SMM, Mohd Safwan Anang berkata ia tidak lebih sebagai gula-gula politik kepada mahasiswa, yang selama ini marah kerana dikongkong akta itu.
“Kerajaan patut mansuhkan, bukan meminda AUKU. AUKU tidak pernah relevan kerana setiap universiti sudah ada undang-undang universiti sendiri.
“Malah saya fikir pindaan ini akan gagal memenangi hati mahasiswa, kerana ia dilihat melahirkan larangan lain pula,” katanya.
Pindaan pada Seksyen 15 AUKU membenarkan mahasiswa mendaftar sebagai ahli parti politik. Namun, mahasiswa yang mendaftar tidak dibenarkan menyertai pilihan raya kampus dan memegang jawatan dalam pertubuhan pelajar di kampus.
Beberapa bahagian lain dalam akta tersebut, seperti pelantikan pentadbir oleh kerajaan dan kebenaran menteri mencampuri hal ehwal universiti pula dikekalkan.
Apa yang diperlukan universiti, katanya lagi, adalah kuasa autonomi untuk menentukan jalannya sendiri tanpa campur tangan politik.

No comments
Post a Comment