Salah Sorang Menteri Otak Letak Kat Lutut

Hishammuddin: Suruhanjaya cara terbaik siasat dakwaan pembangkang hina raja

KLUANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.

Naib Presiden Umno ini berkata, penubuhan itu wajar bagi memastikan duduk sebenar dakwaan tersebut memandangkan "tuan punya badan" menafikan.

"Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Hari ini, enam badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar kawasan Parit Bunga, mukim Kesang, Ledang mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas ke atas pengendali sebuah laman blog yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Khamis lepas.
Anggota Jawatankuasa Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Johor, Abdul Kadir Laham yang mewakili kumpulan itu, berkata mereka mahu kerajaan melucutkan kewarganegaraan jika individu yang terlibat rakyat Malaysia.

"Tindakan ini wajar kerana biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong," katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di sini.

Antara NGO terbabit ialah Pesaka daerah Ledang, kumpulan ronda sukarela Kawasan Rukun Tetangga Parit Bunga dan Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Daerah Ledang.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan menghadkan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Dipetik Bernama katanya, PDRM berpuas hati mengenainya dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Sememangnya akta baru itu tidak boleh dibentang sekiranya polis sebagai 'end user' yang memastikan keselamatan negara sendiri tidak selesa dengan akta baru berkenaan. Jadi saya bagi jaminan hari ini, PDRM maklumkan apa yang akan dibentang
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak esok, mereka (PDRM) yakin mereka dapat jamin keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju untuk memperkasakan PDRM bagi meningkatkan keupayaan pasukan daripada segi menjalankan siasatan, perundangan, risikan, pemantauan dan hubungan dua hala dengan negara jiran.

"Saya hendak beritahu bahawa perbincangan mengenai undang-undang menggantikan ISA ini telah dibuat dengan dengan pihak berkepentingan seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan sejak tahun 2009 yang mengambil kira beberapa perkara termasuk tempoh tahanan," tegasnya.

No comments

Powered by Blogger.