Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?

Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?
Oleh: RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SHAH ALAM - Datuk Lee Chong Wei 'winnable
candidate' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?
Di sebalik spekulasi PRU13 akan dipanggil dalam waktu
terdekat, sementara nama pemain nombor satu negara
itu pula menjadi sebutan banyak pihak, beberapa
peminat Chong Wei secara terbuka berkata akan
mengundi beliau jika dipilih sebagai calon.
Bagaimanapun mereka tidak menyebut parti yang
Chong Wei sepatutnya wakili.

"Jika Datuk Lee Chong Wei bertanding pilihan raya
(PRU13), saya akan mengundi beliau," kata selebriti
Adibah Noor, yang menghantar mesej Twitter kira-kira
jam 2.30 petang tadi.

Penyanyi dan pelakon ini berkata demikian beberapa
jam selepas Chong Wei, yang mengutip pingat perak
kedua Sukan Olimpik, kembali ke tanah air awal pagi
tadi.

Walaupun Chong Wei gagal dalam misi memenuhi
harapan pingat emas pertama bagi negara, beliau telah
menarik perhatian dan sokongan jutaan rakyat
Malaysia.

Adibah menambah, "(Chong Wei) seorang yang tidak
banyak bercakap, (tetapi) menyatukan rakyat Malaysia
tanpa berkata sepatah pun. Ya, saya akan mengundi
dia."

Dia seterusnya menulis, "apa pun, saya tidak kisah apa
respons anda kepada dua mesej saya sebelum ini."
Pandangan itu disokong pengikut Adibah bernama
Azizul Idris.

Azizul berkata: "Saya juga! Rakyat Malaysia yang
tulen."

Bagaimanapun seorang lagi pengikutnya yang bernama
Amal Jamil seolah-olah tidak bersetuju dengan berkata:
"Macam ini pun ada."

Seorang lagi pengikut Adibah, Zamzuriani Md Daud juga
menyokong pendirian Adibah.

Kata Zamzuriani: "Datuk Lee Chong Wei seorang yang
menangis untuk negara, sudah pasti saya akan
mengundi dia."

No comments

Powered by Blogger.