Terkini! Datuk Seri Yang Polis Buru Ialah Orang Yang Pernah Suruh TG Nik Aziz Berundur?


Datuk Seri yang dicari polis inilah yang menggesa agar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada arena politik memandangkan beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Polis cari 'Datuk Seri' bantu siasatan kes bunuh di The Mines

Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.


Berundurlah Nik Aziz - Jaafar
Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.

Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Katanya, adalah lebih baik untuk beliau turun ketika masih dihormati berbanding meletakkan jawatan ketika dikeji pelbagai pihak.

"Sudah tua-tua ini, berundurlah. Bagi peluang kepada muka baru, calon yang lebih muda, Pas banyak calon muda berkaliber, biarlah mereka buktikan kemampuan.

"Lagi lama beliau berada di atas, selagi itu parti sukar untuk berkembang kerana kebanyakan keputusan dibuat beliau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyifatkan pendekatan kepimpinan Nik Abdul Aziz sebagai 'melampau'.

Sementara itu, berhubung pembatalan hasrat untuk bermuzakarah antara Pas dan UMNO, Jaafar berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya meletakkan syarat sebelum bermuzakarah kerana ia menjadi faktor usaha murni itu gagal.

"Muzakarah dulu, kemudian baru tengok apa keputusan perbincangan. Kalau ada perkara setuju, setujulah, kalau tidak setuju kata tidak setuju.

"Ini belum apa-apa beliau telah letakkan syarat, tidak boleh macam itu. Ia memberi gambaran bahawa beliau dari awal tidak mahu melakukannya," jelas beliau.

Sementara itu, Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berharap pintu hati Menteri Besar Kelantan itu akan terbuka serta diberi petunjuk untuk melihat kepada perkara yang benar.

Sambil memberikan contoh bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad yang berundur apabila tiba masanya, beliau berkata, Nik Abdul Aziz juga sepatutnya mengambil langkah serupa.

http://omakkau.blogspot.com/2012/08/rupa-rupa-datuk-seri-yang-dicari-polis.html

No comments

Powered by Blogger.