Jawatankuasa khas perlu libatkan Ku Li

Oleh: NURULHUDA

Tarikh: August 7, 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mahu Jawatankuasa
khas royalti yang ditubuhkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak disertai individu yang menggubal
Akta Kemajuan Petroleum Negara, termasuk bekas
Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata,
langkah itu perlu supaya keputusan jawatankuasa
tersebut akan selaras dengan undang-undang yang
telah diperkenalkan sebelum ini.

“Saya  mengharapkan jawatankuasa ini bukan bersifat
mengkaji semata-mata, sebaliknya bertindak ke arah
membayar royalti kepada Kelantan,” katanya kepada
pemberita di sini hari ini.

No comments

Powered by Blogger.