Kenyataan Media Mursyidul Am PROTES AMAN MEMBANTAH

Kenyataan Media Mursyidul Am

PROTES AMAN MEMBANTAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW. Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun. Di dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Salam hormat,

YAB TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 4 Zulkaedah 1433H bersamaan 20 September 2012M

1 comment

Ariff Yusoff said...

Elok disenaraikan juga mereka2 yg telah & pernah menghina Rasulullah saw dahulu, kini & selamanya semasa didalam Perhimpunan ini nanti..termasuk manusia2 seperti Salman Rushdi, seorang penulis wanita Bangladesh, pelukis2 kartun juga termasuk beberapa pemimpin Melayu tempatan yg pernah menghina Rasulullah tentang simpanan janggut & pisau Gillette & yg pernah kondem hukum Hudud.

Powered by Blogger.