Hina Sultan: Polis tahan semula Ahmad selepas dibebaskan



Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pihak polis hari ini menahan semula Ahmad Abd Jalil selepas seorang majistret Johor membebaskan beliau dari reman tiga hari, dengan memberitahu keluarga bahawa mereka bertindak atas perintah dari “orang atas” (pegawai atasan), dakwa seorang ahli keluarga.

Ahmad, yang telah ditahan Jumaat lalu untuk siasatan hasutan kerana penghinaan beliau di Facebook terhadap Sultan Johor, terus ditahan semula oleh polis lagi selepas beliau dibuka gari di mahkamah petang ini, walaupun terdapat bantahan daripada peguam dan keluarga.

“Ahmad dibebaskan secara sah oleh majistret. Akan tetapi polis mahu membawa beliau semula ke IPK. Kami berkeras mahu Ahmad pulang bersama kami. Polis masih…?” kata bapa Ahmad, Abd Jalil Abd Rahman, dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

IPK merujuk kepada “ibu pejabat polis kontigen”, dimana lelaki berusia 27 tahun di ditahan selama beberapa hari.

Dalam kiriman mesejnya pada 5.25pm, Abd Jalil berkata, “Majestret dah LEPAS Ahmad tapi inspector Nazri dan 2 anggota tak pakai uniform dah bawa balik Ahmad ke IPK. Sekarang dia ‘under arrest’ dgn charge lain pula (Multimedia Act).”

Dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider selepas itu, seorang lagi ahli keluarga Ahmad yang tidak mahu dikenali memberitahu polis mengakui bahawa mereka terus menahan Ahmad disebabkan tekanan daripada “orang atas”.

“Ahmad dilepaskan oleh kerana majistret memberitahu bahawa mereka gagal mendapatkan kenyataan daripada beliau semasa tiga hari menahannya,” katanya.

“Mereka membuka garinya, akan tetapi tidak melepaskannya… memberitahu terdapat arahan ‘orang atas’. Jadi esok mereka akan sekali lagi membawa Ahmad ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran untuk mereman beliau sekali lagi.

“Siapa ‘orang atas’ ini?” tanya ahli keluarga Ahmad tersebut.

Menurut peguam Ahmad Sabtu lalu, pihak polis telah memaklumkan kepada belia bahawa anak guamnya sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 oleh kerana tulisan beliau di Facebook yang dikatakan menghina Sultan Johor.

The Star hari ini melaporkan pemangku ketua CID Johor, ACP Abd Aziz Ahmad berkata, kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada 21 Oktober menggambarkan Sultan Ibrahim tidak layak untuk memimpin negeri tersebut.

Menurut laporan tersebut lagi, Ahmad turut disiasat dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Bercakap kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, Abd Jalil memberitahu beliau masih lagi bimbang tentang keselamatan anaknya, mengadu beliau dibiarkan tanpa mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini.

Beliau menceritakan kembali tentang majistret membebaskan anaknya dari reman dan polis tidak sepatutnya menyimpan anaknya kembali di lokap.

“Seperti biasa, mereka membuat kita menunggu di mahkamah pagi ini dari jam 8.30 pagi sehingga hanya kira-kira jam 4.00 petang sebelum Ahmad dibawa untuk melihat kami,” katanya.

Abd Jalil menjelaskan bahawa Ahmad dibawa ke mahkamah oleh tiga lelaki dan hanya seorang yang memakai pakaian seragam polis.

Selebihnya berpakaian preman.

“Apabila Ahmad dibebaskan, pemandu — seorang lelaki bertubuh besar memakai baju merah — kelihatan amat berpuas hati.

“Dia menarik inspektor ketepi dan mereka mengadakan perbincangan seketika sebelum mereka membawa Ahmad kembali ke kereta mereka, bukannya melepaskannya kepada kami.

“Itulah masanya kami diberitahu mereka bertindak atas arahan pihak atas,” kata Abd Jalil.

“Siapa lelaki berbaju merah itu? Mengapa beliau tidak gembira Ahmad dibebaskan?” tambahnya.

Pada ketika ini, Abd Jalil memberitahu beliau tidak pasti sama ada Ahmad akan dibawa semula ke mahkamah esok supaya polis boleh mendapatkan lagi perintah reman.

1 comment

Cetusan said...

Assaalm.kena ngadu pada peguam kemudian ngadu padaNYa

Powered by Blogger.