ADUN Hutan Melintang nafi khabar angin keluar PKR
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan menafikan laporan beliau menghantar surat pengisytiharan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Yang Dipertua Negeri Perak, hari ini.
“Saya cukup terkejut dengan berita ini. Saya dah baca surat itu, ada nama dan nombor kad pengenalan saya tapi tanda tangan itu 100 peratus tidak betul.
"Malah kepala surat itu pun bukan daripada DUN negeri,” katanya ketika duhubungi BH, sebentar tadi.
S Kesavan yang terkejut dengan berita itu berkata, beliau akan menghubungi Speaker DUN negeri, Datuk R Ganesan berikutan terdapat ‘cop terima’ dari Yang Dipertua yang tertera dalam surat yang disebarkan itu.
“Esok saya akan buat laporan polis dan kenyataan akhbar di Ipoh mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau tidak menafikan khabar angin itu tersebar ketika beliau sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung seminggu lagi.
"Seminggu lagi saya nak kahwin, mungkin ada pihak nak burukkan nama saya dan imej parti,” katanya.
No comments
Post a Comment