Nur Jazlan minta UMNO jinakkan PERKASA
Astro Awani
KUALA LUMPUR: UMNO perlu menjinakkan PERKASA dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan, kata Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
"Maknanya, (UMNO) mesti memberitahu kepada PERKASA supaya bercakap dengan fakta. Sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan, mereka sepatutnya tutup mulut," katanya seperti dipetik oleh akhbar mingguan, The Heat.
Nur Jazlan bagaimana pun berkata, PERKASA tidak mendiamkan diri kerana ia mahukan legitimasi.
Ini adalah kenyataan terbaru Nur Jazlan mengkritik PERKASA selepas beliau pada akhir tahun lalu membidas badan itu yang mengancam sedia menggantikan UMNO yang kononnya tidak dapat membela nasib orang Melayu. Katanya, badan itu terlebih mengukur kekuatan dan pengaruhnya sendiri di kalangan orang Melayu.
Kritikan Nur Jazlan ketika itu adalah reaksi kepada ucapan pengasas dan Presiden PERKASA , Datuk Ibrahim Ali semasa perhimpunan agung badan itu yang mengatakan UMNO sudah "tidak bertaring, lesu dan lemah" dan PERKASA "boleh jadi galang ganti" mempertahankan bangsa dan agama.
Laporan The Heat itu turut memetik Nur Jazlan berkata kewujudan PERKASA tidak membantu UMNO sebaliknya menyusahkan parti itu.
"PERKASA sebenarnya satu ancaman kepada UMNO. Lihat kenyataan-kenyataan mereka. Adakah ia membantu UMNO? Tidak," katanya.
Beliau juga menarik perhatian bahawa PERKASA merekrut ahli-ahlinya daripada UMNO dan tidak menerima kalangan mereka yang bukan ahli UMNO.
"Sekiranya mereka mahu mengambil ahli UMNO maka parti mesti meletakkan syarat-syaratnya," kata Nur Jazlan.
PERKASA diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan buat pertama kali sejak pilihan raya umum 1969 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO hilang penguasaan dua pertiga di Parlimen.
Ia ditubuhkan dengan matlamat antara lain membela kepentingan orang Melayu dan kedaulatan Islam.
Nur Jazlan berpendapat UMNO selama ini telah menjadikan PERKASA sebagai alat untuk mengalihkan isu, yang memberi ruang kepada UMNO untuk tidak berdepan dengan isu-isu yang sukar itu.
"Adalah lebih mudah kalau memilih cara begitu. Daripada menangani isu-isu tersebut, daripada menjawab isu-isu yang sebenar, adalah lebih mudah untuk menggunakan PERKASA serta agama dan kaum untuk mengalihkan perhatian (daripada isu yang sebenar)," katanya.
Beliau juga menambah biarpun UMNO tidak secara langsung menyokong PERKASA, kehadiran pemimpinnya dalam majlis anjuran pertubuhan itu sekurang-kurangnya membayangkan sokongan yang tersirat.
Nur Jazlan pernah menggemparkan arena politik negara apabila menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu pada 2008. Beliau bagaimanapun menarik diri setelah gagal mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO yang sebulat suara memajukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada pemilihan UMNO 2013, Nur Jazlan mencuba nasib untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi tetapi gagal merebut salah satu daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.

No comments
Post a Comment