Cita-cita Anwar Jadi PM Berkubur?

DrAzman Ibrahim

Ramai orang yang kata termasuk Tan Sri Mad Taib bekas MB Selangor, bahawa PAS akan rugi jika keluar PR. Ya! Saya akui memang rugi. Tapi bukan hanya PAS yang rugi, PKR dan DAP juga rugi.

Persoalannya, bila pula pimpinan PAS keluar kenyataan kata nak keluar dari PR? Kalau kenyataan yang kata PAS tidak lagi diperlukan dalam PR oleh 2 lagi parti banyak juga saya dengar. Tapi pimpinan PAS tak ada pun nak melatah.

Sejarah membuktikan bila berpakat, PAS tak khianat. PAS masuk BN. Bukan PAS yang keluar tapi ditendang keluar. PAS dalam APU, bukan PAS yang keluar tapi Semangat 46 yang gali kubur sendiri. PAS dalam Barisan Alternatif, bukan PAS yang keluar tapi DAP yang menarik diri.

Sekarang dalam PR. Kalau PAS dikeluarkan, jangan ingat PAS akan menangis. Tidak sama sekali. PR bukan aqidah, aqidah perjuangan kita adalah Islam. Tetapi apabila berpakat, Islam mengajar kita untuk setia dengan perjanjian.

Yang pastinya, kalau PAS dikeluarkan dari PR, cita-cita seorang hamba Allah untuk jadi PM akan berkubur terus!

3 comments

ROHAYA M NOOR said...

Islam apa yg fitnah?.Islam apa yg berbelit belit bila berjanji?

Kenapa PAS saja di tendang di sana sini? Islam PAS yg ulama ta tahu malu dan memekek memperjuangkan Islam.Tipu AP utk porche anak, guna VELFIRE dan kutip derma dari org miskin

ROHAYA M NOOR said...

Kalau setakat utk perintah Kelantan boleh lah sendirian.

Ta perlu pergi National level kerana ia perlu gabungan parti2 lain.

Duduk di Kelantan dan majukkan Kelantan

Unknown said...

apapun aku x akan pergi mengundi lagi. Aku malu pada cina dan india yang mula berjinak nak kenak dan terpaut dengan islam dah jadi hancur lebur angkara presiden pas

Powered by Blogger.