Kuota exco PAS dikurangkan ke 3, 2 exco lama gugur

Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.

Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib. Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy.

Azmin mengumumkan 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru‎. Kompisisi exco adalah 4 PKR, 3 PAS, 3 DAP.

Elizabeth Wong Keat Ping
Dr Da‎royah Alwi
Nik Nazmi Nik Ahmad
Amirudin Shari
Datuk Teng Chang Khim
Ean Yong Hian Wah
V Ganabatirau
Iskandar Abdul Samad
Dr Ahmad Yunus Hairi
Zaidy Abdul Talib – 26 September, 2014.

2 comments

Malaysiabaru said...

2exco lama ni adalah pengkhianat. Knp di kekalkan?

XUMNO said...

Parti yang memenangi kerusi tersedikit mendapat lama lebih manakala parti2 yang mempunyai kerusi lebih banyak dihadiahkan dengan bilangan exco sedikit!!Dengan siapa PKR belajar kira2? Wahai pemimpin2 Pas, cukuplah parti dan pemimpin2 dimaki hamun dan dicerca; kenapa mahu juga lagi jadi alas kaki untuk diinjak2 oleh PKR??? Belang mereka sudah jelas mahu juga lagi bertepuk2 tangan dengan "kawan" jenis ini??

Powered by Blogger.