News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Gambar sekitar kuliah ustaz azhar di medan ilmu pagi tadi

February 28, 2014

Kuliah sesi pertama disampaikan oleh datuk mb manakala kuliah sesi kedua disampaikan oleh ustaz azhar.

Alhamdulillah, kelantan masih diimarahkan oleh program agama.

Allahuakhbar!

Produk DS guna logo sirim palsu?

Nah semakin banyak dibongkar.

Meniaga carilah cara yang baik dan halal.

YAB Khalid Potong Gaji?

Beliau potong gaji secara automatik terus kepada tabung program rakyat.

Hebat orang ini.

Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar



OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos. – 28 Februari, 2014.

Adenan Satem kini sah Ketua Menteri Sarawak kelima


Rahimah Abdullah | Kemas kini: Februari 28, 2014

Adenan Satem kini sah Ketua Menteri Sarawak kelima

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima di Astana Negeri, Kuching.

Beliau secara rasmi memegang jawatan itu selepas pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berakhir hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah bermula jam 9.30 pagi yang dimulai dengan pendaftar mengadap dan memohon perkenan Tuan Yang Terutama, Tun Abang Muhammad Salahuddin untuk menjalankan upacara.

Ketua Menteri Sarawak kemudian mengadap untuk menerima surat pelantikan dan seterusnya mengangkat sumpah dan menandatangani surat ikrar.

Selepas selesai istiadat itu, ia diteruskan dengan istiadat perpisahan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Istiadat mengangkat sumpah Yang Dipertua negeri Sarawak ketujuh, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan disempurnakan pada Sabtu di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Gambar Kuliah Di Medan Ilmu. MB Kelantan Dan UAI!

Sedang berlangsung kuliah sesi kedua oleh ustaz azhar idrus.

Allahuakhbar!

Gambar Ustaz Azhar Melawat TG Nik Aziz Di HUSM

February 27, 2014

UKMB المصور الفوتوغرافي

YB Tuan Guru sempat menunjukkan kitab yang dibaca oleh beliau sepanjang berehat di wad HUSM, Kubang Kerian sewaktu dikunjungi oleh Ustaz Azhar Idrus sebentar tadi. Tuan Guru mula berehat di dalam wad mulai hari Isnin lepas dan dijangka keluar esok hari. Ustaz Azhar pula berada di Kelantan pada hari ini untuk memenuhi beberapa undangan kuliah. Beliau juga akan menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu pagi esok.

(5 Gambar) Exco Pemuda Kuala Nerus Terbunuh Dalam Nahas di Lebuhraya Pantai Timur


Exco pemuda Umno Kuala Nerus Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar maut selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur tengah hari tadi.

Exco Pemuda Umno bahagian Kuala Nerus, Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar, 41, terbunuh dalam nahas apabila kereta yang dipandu rakannya terbabas di Km 240.5 Lebuhraya Pantai Timur, menghala ke arah Jabor, Terengganu tengah hari Khamis.

Rakannya itu Kamal Rahaidi Abdul Halim, 41, dilaporkan parah.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika mereka yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu.

“Kenderaan itu dipercayai terbabas ke kiri jalan, kemudiannya berpusing beberapa kali sebelum merempuh tebing bukit.

Syed Hafizuddin Datuk Syed Omar maut di tempat kejadian.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan terbabit,” katanya kepada Bernama.

Syed Hafizuddin yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Zainalabidin berkata mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat manakala Ahmad Rahaidi turut dirawat di situ.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa hujan lebat. -BERNAMA

Gambar Fizo Omar melawat TG Nik Aziz Di HUSM

Fizo omar melawat tok guru yang dirawat di husm kubang kerian.

Fizo seorang artis yang begitu mengagumi ulama dan bekas mb kelantan ni.

Anwar Berada Di Jepun

Anwar Ibrahim

Alhamdulillah, saya dan anggota delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Narita, Jepun awal pagi tadi. Acara di Jepun padat dgn jemputan syarahan serta pertemuan dgn pihak media.

Penghakiman ingkar: Juham jawab fitnah peguam cuai

NOORAZMIR ZAKARIA
 
Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairanan apabila secara tiba-tiba muncul begitu ramai 'peguam', 'pendakwaraya' dan juga 'hakim' di kalangan ahli dan pemimpin PAS.
 
Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena 'menjatuhkan hukuman' kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.
 
Walaupun kami amat kecewa dengan fitnah jahat yang amat tidak berasas ini, namun kami memahami bahawa mereka yang terlibat menyebarkannnya atau yang terkeliru dengan pelbagai fitnah yang sedang berlegar saat ini adalah di kalangan orang awam (layman) yang tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan fakta sebenar yang terjadi di dalam kes ini. Mereka juga nampaknya sangat tidak memahami prosedur undang-undang yang digunakan di dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Oleh yang demikian, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan sebenar supaya tidak lagi timbul sebarang fitnah yang akan memburukkan lagi keadaan.
 
Penjelasan teknikal berhubung dengan apakah dia Penghakiman Ingkar Kehadiran dan prosedur asas di dalam sesuatu saman sivil yang difailkan di mahkamah telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar di dalam tulisan saya sebelum ini bertajuk 'JID for Dummies.' Pada kali ini, saya hanya ingin mendedahkan fakta ringkas yang berlaku di sebalik Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini (Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Guaman Sivil No. 22NCVC-39-12/2013 di antara Mohd Shamsul bin Mat Amin v. Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang dikatakan tidak pernah diterima oleh pihak Presiden PAS sendiri mahupun peguam kepada beliau iaitu Tuan Haji Asmuni Awi hingga membawa kepada kegagalan memfailkan Memorandum Kehadiran di dalam tempoh masa yang ditetapkan yang akhirnya mengakibatkan Plaintif memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran ke atas Presiden PAS.
 
Untuk makluman, pihak JUHAM telah memperolehi salinan dokumen (iaitu Afidavit Penyampaian) yang difailkan di mahkamah oleh peguam Plaintif dimana Plaintif mendakwa bahawa mereka telah menyerahkan saman tersebut kepada pihak Defendan melaui pos berdaftar akuan terima (pos AR berdaftar). Afidavit Penyampaian ini walaupun ianya merupakakan dokumen yang difailkan di mahkamah, tetapi ianya adalah dokumen umum yang diperolehi melalui carian yang dijalankan di kaunter pendaftaran mahkamah.
 
Di dalam afidavit tersebut yang bertarikh 11 Februari 2014, Plaintif telah melampirkan sama dokumen berikut iaitu:
 
1) sesalinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan bagi kes ini,
2) surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Presiden PAS bagi tujuan menyerahkan Writ Saman tersebut; dan
3) Kad AR pejabat pos yang mengandungi nama dan tandantangan pihak yang menghantar dan menerima Writ Saman tersebut beserta dengan tarikh penghantaran dan tarikh penerimaan.
 
Di dalam surat iringan Peguam Plaintif bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Defendan bagi tujuan penyerahan Writ Saman bagi kes ini, tertera di dalam surat tersebut bahawa peguam Plaintif telah menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Pusat Khidmat Parlimen Marang, Bangunan PAS Marang (depan Masjid Rusila), 21080 Kuala Terengganu. Alamat penerima yang tertera di dalam surat ini jelas membuktikan bahawa peguam Plaintif tidak menghantar Writ Saman tersebut ke pejabat peguam Haji Asmuni Awi yang terletak di Ipoh, Perak. Maka, adalah tidak wajar sama sekali untuk menyalahkan Tuan Haji Asmuni Awi di atas penghakiman ingkar yang dimasukkan ke atas Presiden PAS tersebut.
 
Manakala berdasarkan kepada kad AR yang disertakan bersama dengan surat dan Writ Saman tersebut bagi tujuan merekodkan bukti penghantaran dan penerimaan, surat bersama Writ Saman tersebut telah diposkan oleh Peguam Plaintif pada 9 Januari 2014. Kad AR yang sama seterusnya menunjukkan bahawa Writ Saman tersebut telah diterima pada 16 Januari 2014 di alamat Presiden PAS sebagaimana yang tertera di dalam surat iringan tersebut. Bahkan terdapat cop Pejabat Pos Marang di atas Kad AR tersebut sebagai menunjukkan bahawa kiriman Writ Saman tersebut telah sampai ke Marang dan diproses oleh Pejabat Pos Marang sebelum diserahkan ke alamat Presiden PAS di Marang.
 
Di dalam Kad AR yang sama juga tertera tandatangan dan nama seseorang yang menerima serahan Writ Saman tersebut bagi pihak Presiden PAS. Walau bagaimanapun, JUHAM tidak boleh mendedahkan nama individu yang tertera di kad AR tersebut bagi mengelakkan sebarang unsur subjudis terhadap kes. Pihak Plaintif seterusnya telah menggunakan AR kad ini sebagai bukti yang diterima oleh mahkamah bagi menyokong hujahan mereka bahawa saman tersebut telah berjaya disampaikan dengan teratur kepada pihak Presiden PAS.
 
Pihak JUHAM bagaimanapun tidak dapat mengesahkan siapakah dia individu yang menerima AR kad tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri telah menjelaskan bahawa pejabat Presiden PAS langsung tidak dapat menemui atau mengesan Writ Saman yang dikatakan telah disampaikan pada 16 Januari 2014.
 
Dalam hal ini, memandangkan writ saman ini tidak diserahkan oleh Peguam Plaintif kepada Tuan Haji Asmuni selaku peguam kepada Presiden PAS dan pada masa yang sama Setiausaha Politik Presiden PAS sendiri mengesahkan bahawa Pejabat Presiden PAS juga tidak dapat mengesan Writ Saman tersebut, di mana asas dan logiknya Tuan Haji Asmuni dituduh sebagai leka dan lembap sedangkan beliau, sama seperti Presiden PAS dan juga Setiausaha Politik Presiden PAS, tidak mengetahui akan wujudnya Writ Saman tersebut?
 
Saya dimaklumkan bahawa pejabat Haji Asmuni hanya memperolehi salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014. Merujuk kepada fakta ini, ada cakap-cakap daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa memandangkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 17 Februari 2014 tersebut direkodkan di mahkamah pada tarikh Pengurusan Kes yang diadakan 23 Februari 2014 , maka ianya jelas kecuaian di pihak Haji Asmuni memandangkan Haji Asmuni telah menerima Writ Saman tersebut terlebih awal iaitu pada 11 Februari 2014. JUHAM ingin menegaskan bahawa pandangan ini jelas adalah salah dan tidak mengikut undang-undang.
 
Suka saya menjelaskan bahawa pada ketika Haji Asmuni menerima salinan Writ Saman tersebut pada 11 Februari 2014, ianya sudah melewati had masa 14 hari bagi Defendan memfailkan Memorandum Kehadiran yang dikira bermula dari tarikh 16 Januari 2014 iaitu tarikh penerimaan Writ Saman secara rasmi sebagaiman yang direkodkan di dalam Kad AR yang dilampirkan di dalam affidavit Plaintif. Dari segi undang-undang terutamanya peruntukan-peruntukan di dalam Rules of Court 2012, selepas dari tamatnya tempoh 14 hari tersebut, Plaintif berhak untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Pada saat ini tiada apa yang boleh dilakukan Defendan meskipun Defendan menghantar satu 'batalion' peguam sekalipun ke mahkamah pada tarikh 23 Februari 2014 yang lalu untuk menyekat penghakiman ingkar tersebut. Pilihan yang ada bagi Defendan sekarang ialah memfailkan Notis Permohonan untuk mengketepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut sebagaimana yang telah saya jelaskan di dalam tulisan bertajuk 'JID for Dummies' yang lalu. JUHAM dari awal lagi memberikan komitmen untuk mengerahkan segala kekuatan yang ada untuk membantu membela Presiden PAS di dalam kes ini.
 
Satu lagi cerita dongeng yang disebarkan ialah kononnya Penghakiman Ingkar tersebut yang memerintahkan Presiden PAS untuk membayar gantirugi sebanyak RM2 juta kepada Plaintif bakal mengakibatkan Presiden PAS hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN dan akan menyebabkan berlangsung pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang. Pandangan sebegini juga adalah salah, penuh dengan imaginasi serta berbahaya kerana mereka ini tidak dapat membezakan di antara kes sivil dan kes jenayah. Kes saman yang dihadapi Presiden PAS ialah kes sivil. Ianya bukan kes jenayah yang membawa pelbagai hukuman seperti hukuman gantung, penjara, sebat atau denda. Berdasarkan Perkara 48 (1) Perlembagaan Persekutuan, antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen ialah apabila dia disabitkan dengan satu kesalahan jenayah yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan denda tidak kurang dari RM2 ribu ringgit. Di sini jelas, kes saman sivil yang membabitkan Presiden PAS atau mana-mana Ahli Parlimen sekalipun tidak akan menjejaskan status mereka selaku Ahli Parlimen.
 
JUHAM juga ingin memberikan respon terhadap tulisan terbaru Ustaz Zaharudin Muhammad bertarikh 26 Februari 2014 di laman facebook beliau yang menyatakan bahawa, "Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?"
 
Sebagai jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Zaharudin Muhamad, beliau perlu terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan "Plaintif", "Saman" dan apakah yang dimaksudkan dengan "Defendan". Di dalam kes ini, yang menyaman adalah Plaintif dan Defendan di dalam kes ini ialah Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, Plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat Defendan yang difikirkan sesuai bagi Plaintif. Dari segi undang-undang, Defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat Defendan di dalam Saman yang difailkan oleh Plaintif. Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Hj Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara Defendan memohon agar sebarang Writ Saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa Peguam Defendan sekiranya pihak Plaintif tetap ingin menyerahkan Saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang. Justeru, Hj Asmuni sebagai Peguam Defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak Plaintif meletakkan alamat Defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak Plaintif.
 
Sebagai kesimpulan, JUHAM berharap agar pihak-pihak tertentu yang sedang giat menabur fitnah dan menyebarkan cerita-cerita palsu berkaitan kes ini supaya berhenti dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini. JUHAM amat kesal dengan situasi yang berlaku ini yang seolah-olah meletakkan hukuman kepada seluruh jentera Peguam PAS yang sentiasa bertungkus-lumus untuk membela PAS serta pimpinan dan ahli-ahlinya. JUHAM khuatir situasi sebegini akan mengundang gelak-ketawa pihak musuh di luar sana.
 
Dalam hal ini, JUHAM bersedia untuk bersemuka dengan siapa sahaja yang inginkan penjelasan JUHAM berkaitan perkara ini. Moga segala kekalutan dapat dijernihkan dan kita semua dapat menumpukan kepada agenda perjuangan yang lebih besar.
 
Penulis ialah Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS Malaysia.

Abdul Taib lepas kerusi DUN Balingian

February 26, 2014

MUKAH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian kosong berkuatkuatkuasa Jumaat ini berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

ISU SAMAN: AWASI FITNAH YANG SEDANG BERLEGAR.




Ada pihak sedang cuba kaitkan saya sebagai pemberi maklumat kpd Tuan Guru Presiden (TGHH) tentang isu pil kuda. Berita ini adalah fitnah yg sangat jahat dan cuba memburukkan saya dan meletakkan imej sebagai penghasut seterusnya memburukkan TGHH sebagai tidak matang sehingga mudah dihasut.

Ada berita lain pula menyebarkan bahawa pejabat PAS Marang yang cuai kerana surat-surat mahkamah dialamatkan ke situ walhal ianya tidak berpenghuni. Ada pula pihak yg cuba memalitkan perkara ini kepada setpol tg presiden seolah-oleh cuai dalam bertindak.

Semua berita sebaran ini memburukkan semua yg ada disekeliling presiden bg menggambarkan kelemahan presiden.

Apabila isu ini dibangkitkan, semua akan lupa siapakah yg menguruskan sehingga TGHH seolah-oleh berlaku kegagalan bagi pihak TGHH memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini. Semua akan lupa bertanya siapa yg letakkan alamat pejabat marang yang sepatutnya ialah alamat firma guaman terbabit? Apa lawyer yang telah diberikan amanah lakukan selepas mendapat mandat menguruskan kes? Bukankah surat pertama kes ini diserahkan tidak lama selepas ianya diterima?

Pokok utama isu saman ini yang berbangkit hanya satu sahaja, iaitu TGHH seolah2 tidak menghantar peguam mewakili beliau dalam kes ini. Akhirnya selepas procedure tertentu, keluar surat Perintah mahkamah tersebut. Jadi pokok utama ialah siapa yg uruskan kes ini daripada awal?

Adapun isu2 lain::

1. Pengumuman tghh: ia tidak salah dan saya yakin telah dibuat dengan teliti demi menyelamatkan parti drpd wakil rakyat lompat slps menang spt di perak sehingga jatuh kerajaan negeri.

Isu ini hanya berbangkit jika berlaku perbicaraan dan TGHH di dapati bersalah dan fitnah. Realitinya, ia belum berlaku dan agak mustahil akan berlaku darisegi fakta dan realiti kes, khsusnya TGHH tidak pernah menamakan Syasul dalam mana-mana kenyataan mahupun ceramah.

2. Pemberi maklumat kepada Tuan Guru: adalah menjadi tanggugjawab dan lewajipan jika itu benar2 berlaku. Mereka tidak perlu dipersalahkan jika maklumat itu betul dan tepat khususnya apabila mereka berani dan sedia tampil. Ia adalah isu dimahkamah kalau berbangkit. Saya yakin, isu ini tidak akan timbul kerana tghh x sebut wakil rakyat mana.

Isu ini hanya berbangkit apabila mereka enggan tampil di mahkamah sebagai saksi TGHH, atau hanya selepas terbukti maklumat itu adalah rekaan mereka. Sehingga kini, tiada satu perbicaraan pun berlaku. Jadi masih terlalu awal untuk salahkan mereka.

3. Setpol cuba dikaitkan sebagai cuai. Walhal setpol telah jalankan tugasnya dengan menyerahkan surat pertama dahulu kepada lawyer berkenaan.

Isu ini hanya berbangkit jika Setpol TGHH ada firman guaman dan dilantik oleh TGHH menguruskan isu ini. Tapi ini langsung tak berlaku.

Jadi isu utama yg timbul dan berbangkit ialah, apa yang telah dilakukan oleh lawyer yg diamanahkan menguruskan isu ini sedari awal surat pertama sampai? Siapa yang letakkan alamat surat menyurat kes ke Pejabat Marang? Jawapan ini perlu diberikan oleh pihak yg bertanggungjawab bukan divert kepada orang lain yang tidak berkenaan sehingga menimbulkan fitnah yang bukan-bukan.

Dalam masa yang sama, saya rasa agak kesal apabila ada pihak mengkategorikan isu ini dengan isu peribadi TGHH.

- Ustaz Zaharudin Muhammad.
Share dan Like.
https://www.facebook.com/.../Zaharudin.../312456128784829

PRK Kajang: Haram undi anwar sebab 3 perkara?

February 25, 2014

Tu kata-kata dari ulama umno minda pondok kelantan.

Lepas tu kalau undi mca apa macam?

Mahu juga kita nak tahu hukum undi orang kafir mca ni kan.

Mereka kata undi dap pnlun haram.

Adoi celaru betul kepala otak ulama umno.

Nizar menang saman fitnah terhadap TV3

Nizar menang saman fitnah terhadap TV3

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
February 25, 2014

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.

"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.

Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.

Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.

"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.

Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.

"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.

Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.

Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.

Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.

Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.

Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun. – 25 Februari, 2014.

Boleh TNB jelaskan apa itu cas tambahan?

Apa makna cas tambahan tersebut?

Rakyat nak tahu apa yang terselindung disebalik cas terbabit.

Mana ulama umno?

Siapa berani lawan dan tegur mahathir? Sudah berapa kali dia menghina agama?

Mana pihak berkenaan?

Takut?

Gambar Kemalangan Di Laloh Kuala Krai

February 24, 2014

Melibatkan dua saudara yang dikatakan berlanggar dengan kereta proton perdana.

Kejadian berlaku di cabang 3 laloh, kuala krai kelantan.

Al fatihah, semoga allah ampunkan dosa mereka.

Pelaksanaan PBS ditangguh sementara - KP

February 23, 2014

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.

"Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS.

“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM.

“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan.

“Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya.

TG Haji Hadi Di Beting Mero

Semoga allah memberkati perjuangan tok guru dan sahabat rakan perjuangan lain.

Allahuakhbar!

Live! Suasana majlis pelancaran jersi AFC pasukan Kelantan

Berlangsung di ruang legar medan mara kuala lumpur.

Keadaan yang penuh meriah dan dipenuhi penyokong dan warga kelantan lembah klang.

Aktiviti TG Nik Aziz mencukur rambut

Seperti biasa, tok guru akan menggunting rambut dia di bawah pejabat perhubungab pas kelantan.

Kredit gambar kepada khairuddin tok ngulu.

Jersi terbaru AFC Pasukan Kelantan

Sah!

Kemaskini dari medan mara kuala lumpur.

Duta Brazil berjumpa dengan pengurusan T-Team

Pagi tadi pengurusan t-team dipanggil untuk berjumpa dengan pihak kedutaan Brazil.

Mereka menanyakan pelbagai isu berkaitan dengan insiden 'terowong' di larkin.

Semoga kita akan ketahui siapa dipihak yang benar.

Tg Sheikh Nuruddin di Miri

Alhamdulillah, tg sheikh nuruddin berkesempatan bersama penduduk miri selama 2 hari.

Banyak ilmu yang dikongsi bersama. Semoga allah merahmati kita semua.

-admin sarawak-

Di Sarawak, agama Islam memecah belahkan hubungan?

Ni la lambang dan tanggapan yang diberi islam di sarawak.

Mereka fikir apabila masuk islam banyak benda yang tidak boleh dilakukan bersama.

Ya! Yang haram tetap haram!

Anwar memberi kuliah dhuha di pondok zakaria

Mengulas isu berkaitan anti hadist.

RENUNGAN HARI MINGGU: MENCARI KEMAJUAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA?

Mohammad Agus Yusoff

RENUNGAN HARI MINGGU: MENCARI KEMAJUAN DAN KEJAYAAN MALAYSIA?

Pada tahun 1970-an, Malaysia lebih maju dari negara Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Ini kerana Korea Selatan baru selesai perangnya dengan Korea Utara, Taiwan pula sering diancam oleh kuasa China dan Singapura pula sekadar sebuah pulau kecil yang baru berpisah dari Malaysia.

Pada tahun 1980, pendapatan perkapita Korea Selatan ialah US$1845.66 dan Malaysia $1804.12, iaitu lebih kurang sama sahaja dengan negara kita. Dan begitulah juga Taiwan dan Singapura.

Tetapi pada tahun 2012, pencapaian ekonomi kita jauh berbeza dengan tiga buah negara tadi. Pendapatan perkapita nominal Singapura ialah US$50,323, Korea Selatan US$25,189, Taiwan US$22,022, dan Malaysia US$12,243.

Apa Bezanya kita dengan Korea, Taiwan dan Singapura?

Memang banyak bezanya. Kita ada sumber alam yang banyak, tetapi mereka tiada. Kita semakin terkebelakang dan mereka semakin ke depan dari kita.

Lihat sahaja pencapaian di Sukan Olimpik musim panas. Korea Selatan juara dalam sukan memanah dan menembak. Kita paling jauh boleh pergi pun dalam sukan badminton sahaja. Sukan Olimpik musim sejuk di Sochi sekarang, Korea Selatan hebat dalam acara speed skating dan figure skating. Kita tidak menyertai pun sukan Olimpik musim sejuk.

Dari segi bola sepak, pada tahun 1970-an dahulu, kita sering berebut untuk menjadi juara Pesta Bola Merdeka dengan Korea Selatan, tetapi sekarang ini usahkan untuk menjadi juara, Pesta Bola Merdeka pun sudah tidak ada lagi, sedangkan dahulunya Pesta Bola inilah dianggap sebagai antara kejohanan paling berprestij di Asia.

Tengok bidang automobil dan kejuruteraan teknologi lain. Kita ada Proton lengkap dengan sistem perlindungannya sekali sehingga harga kereta menjadi mahal, tetapi di luar negara Proton kita bukan pesaing. Bandingkan dengan Hyundai atau jenama elektronik Korea Selatan seperti Samsung dan LG. Kehebatan mereka di luar keupayaan tandingan kita.

Lihat industri hiburan kita, filem Korea dan Taiwan jauh lebih maju. Ada Winter Sonata, muzik ada K-Pop. Tapi kita ada Melodi setiap Hari Minggu yang melaga-lagakan artis kita. Aduhai!

Lihat dari segi industri perkhidmatan. Bandingkan mutu syarikat penerbangan Singapura dengan MAS atau Airasia. Lihat keinginan syarikat perkapalan, sama ada mereka lebih senang berlabuh di Jurong atau di pelabuhan kita?

Lihat dari segi nilai ringgit kita. Berbanding dengan Singapura misalnya, semasa berpisah dengan Malaysia dahulu, ringgit Malaysia dan Singapura sama nilainya. Selepas itu, pada tahun 1990, 1 dollar Singapura adalah sama dengan RM2. Tapi sekarang $1 dollar Singapura sama dengan RM2.58 sen. Mengikut pakar ekonomi, dengan suasana ekonomi sekarang, dalam masa 5-10 tahun akan datang $1 dollar Singapura akan bersamaan dengan RM3.

Begitupun keadaannya, Timbalan Menteri Kewangan kita semasa berucap di Pontian pada 8 November tahun lepas mengatakan kejatuhan nilai ringgit itu: "Bukan satu bebanan yang besar (kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar Singapura) kerana apabila mata wang kita rendah ia akan beri faedah kepada pengeksport dan lebih ramai rakyat di republik itu berbelanja di negara ini. " Kita lihat setiap urus niaga antarabangsa juga bersandarkan nilai dolar US dan bukannya dolar Singapura, jadi ia tidak menjejaskan ringgit yang masih kekal kukuh berbanding dolar US."

Masalahnya sekarang ialah kalau dahulunya US1 sama dengan RM3.10, sekarang ini US1 sudah sama dengan RM3.40. Kalau dahulunya 1 Pound British sama dengan RM4.90, sekarang ini 1 Pound British sudah bersamaan dengan RM5.40 kita.

Mengapa begitu merosot tahap pencapaian kita berbanding dengan negara yang saya sebutkan di atas? Banyak sekali sebabnya. Antaranya ialah faktor budaya kerja kita, sikap pegawai kerajaan kita, sikap pemimpin politik kita, sistem politik dan pentadbiran kita dan banyak lagi.

Saya tidak bercadang untuk mengulas faktor-faktor ini. Panjang sangat kupasannya nanti. Yang saya mahu tekankan ialah kita perlu berubah.

Di pihak pemimpin, berubahlah untuk menghargai intelek rakyat, merapatkan jurang hidup rakyat, memastikan semua rakyat mampu selesa di tahap hidup layak, menghormati hak rakyat, memberikan ruang pendidikan dan kesihatan serta sistem kemudahan awam yang sesuai kepada rakyat, mewujudkan sikap kebanggaan rakyat kepada negara, dan mengelakkan perangai denial syndrom seperti kes kemorosotan nilai ringgit di atas. Rakyat sudah bosan sekiranya mereka terus didungukan.

Di pihak rakyat, jadilah rakyat yang kritis, konstruktif dan peka kepada masalah pembangunan negara. Mari kita sama-sama bersikap juur untuk menegur jika pemimpin membuat kesilapan dan memuji jika pemimpin melakukan kebaikan. Kita saling mendokong.

Dengan kekayaan sumber alam yang dimiliki dan keunikan struktur masyarakatnya, Malaysia sepatutnya sudah lama maju melebihi negara-negara di atas. Tetapi nampaknya, sehingga hari ini, tidak begitu keadaannya. Di manakah silap kita? Apakah yang perlu kita lakukan?

Sahabat, berkongsi pandanganlah di hari minggu ini.

Nur Jazlan minta UMNO jinakkan PERKASA

Astro Awani

KUALA LUMPUR: UMNO perlu menjinakkan PERKASA dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan, kata Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Maknanya, (UMNO) mesti memberitahu kepada PERKASA supaya bercakap dengan fakta. Sekiranya tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan, mereka sepatutnya tutup mulut," katanya seperti dipetik oleh akhbar mingguan, The Heat.

Nur Jazlan bagaimana pun berkata, PERKASA tidak mendiamkan diri kerana ia mahukan legitimasi.

Ini adalah kenyataan terbaru Nur Jazlan mengkritik PERKASA selepas beliau pada akhir tahun lalu membidas badan itu yang mengancam sedia menggantikan UMNO yang kononnya tidak dapat membela nasib orang Melayu. Katanya, badan itu terlebih mengukur kekuatan dan pengaruhnya sendiri di kalangan orang Melayu.

Kritikan Nur Jazlan ketika itu adalah reaksi kepada ucapan pengasas dan Presiden PERKASA , Datuk Ibrahim Ali semasa perhimpunan agung badan itu yang mengatakan UMNO sudah "tidak bertaring, lesu dan lemah" dan PERKASA "boleh jadi galang ganti" mempertahankan bangsa dan agama.

Laporan The Heat itu turut memetik Nur Jazlan berkata kewujudan PERKASA tidak membantu UMNO sebaliknya menyusahkan parti itu.

"PERKASA sebenarnya satu ancaman kepada UMNO. Lihat kenyataan-kenyataan mereka. Adakah ia membantu UMNO? Tidak," katanya.

Beliau juga menarik perhatian bahawa PERKASA merekrut ahli-ahlinya daripada UMNO dan tidak menerima kalangan mereka yang bukan ahli UMNO.

"Sekiranya mereka mahu mengambil ahli UMNO maka parti mesti meletakkan syarat-syaratnya," kata Nur Jazlan.

PERKASA diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan buat pertama kali sejak pilihan raya umum 1969 Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO hilang penguasaan dua pertiga di Parlimen.

Ia ditubuhkan dengan matlamat antara lain membela kepentingan orang Melayu dan kedaulatan Islam.
Nur Jazlan berpendapat UMNO selama ini telah menjadikan PERKASA sebagai alat untuk mengalihkan isu, yang memberi ruang kepada UMNO untuk tidak berdepan dengan isu-isu yang sukar itu.

"Adalah lebih mudah kalau memilih cara begitu. Daripada menangani isu-isu tersebut, daripada menjawab isu-isu yang sebenar, adalah lebih mudah untuk menggunakan PERKASA serta agama dan kaum untuk mengalihkan perhatian (daripada isu yang sebenar)," katanya.

Beliau juga menambah biarpun UMNO tidak secara langsung menyokong PERKASA, kehadiran pemimpinnya dalam majlis anjuran pertubuhan itu sekurang-kurangnya membayangkan sokongan yang tersirat.

Nur Jazlan pernah menggemparkan arena politik negara apabila menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu pada 2008. Beliau bagaimanapun menarik diri setelah gagal mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO yang sebulat suara memajukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada pemilihan UMNO 2013, Nur Jazlan mencuba nasib untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi tetapi gagal merebut salah satu daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.

Luahan hati seorang pelajar IPT yang tak dibenarkan naik Air

February 22, 2014

Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya l Asia* epas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANIAYA tak wajar berlaku!

Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.

Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.

Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sebab ini akan menganggu schedule penerbangan”.

Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!

Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.

Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!

Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.

Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU! SENANG JE KAN!!

Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!

Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!

Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..

HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!

Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teraniaya dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!

So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!

Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man | Kuliah Jumaat 14 Feb 2014


Nik Aziz selar Kassim Ahmad



Oleh: Wartawan Sinar Harian

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemikir, Dr Kassim Ahmad yang didakwa menolak hadis dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurutnya, kenyataan bekas Ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang dilihat terpesong itu boleh mempengaruhi dan merosakkan akidah umat Islam lain.

“Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal ALLAH tak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana ALLAH tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah.

“Oleh yang demikian tak ada orang yang boleh kenal ALLAH macam mana, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.

Nik Aziz mengulas kenyataan Kassim dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian, di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu selepas didakwa mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai ‘kasta paderi’ serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, selain rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Nik Aziz berkata, umat Islam perlu bergantung sepenuhnya dengan sabda Nabi Muhammad kerana Baginda merupakan orang yang paling dekat dengan ALLAH, malah disebut sebagai kekasihNya dan mempunyai kedudukan paling tinggi serta dihormati malaikat di langit dan bumi.

Tindakan Kassim itu dikecam beberapa pihak termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Pertubuhan Ahli Sunah Wal Jamaah (Aswaja) yang memanggil beliau untuk bermuzakarah, selain Pertubuhan Peribumi Perkasa yang menggesa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya, namun sehingga kini belum ada tindakan dikenakan ke atasnya.

Malah, Presiden Majlis Perundingan Islam (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid bersetuju jika pihak berkuasa agama membuat perbincangan secara tertutup dengan Kassim sekali gus memberi bimbingan kepada pemikir itu sebagaimana cadangan Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PPD Kota Bharu Main Politik Dengan Umno Kelantan?

Guru diarah hadir ke majlis umno.

Mereka gunakan guru dengan sewenangnya sedang ini adalah hari hujung minggu.

Oh umno, lepas tu upload gambar kata program mendapat sambutan yang hebat.

Oh sampai bila la nak tipu?

10 Tip Untuk Murah Rezeki Cara Islam (Bahagian 1)

February 21, 2014



Posted by Irfan Khairi

Menerusi segmen kali ini, mari bersama kita telusuri dan hayati 20 tip untuk murah rezeki mengikut aturan Islam ;-

Tip #1. Menyempatkan diri beribadah

Allah telah menjanjikan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis kudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Daripada hadis kudsi ini kita dapat lihat bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walau apa jua keadaan. justeru sesibuk manapun kita dalam melayari kehidupan ini, susunlah waktu dengan sebaiknya untuk tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak-banyaknya.

Tip #2. Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT, yang menjadi penyebab Allah jatuh kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Dengan selalu beristighfar, insya-Allah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.

Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)



Tip #3. Tinggalkan Maksiat

Istighfar tidak bernilai di sisi Allah sekiranya masih selalu berbuat dosa. Dosa-dosa yang dilakukan bukan sahaja akan menjadikan hati resah gelisah, malahan juga akan menutup pintu rezeki. Ia akan menjadi batu penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita. Sudah tentu kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku, bukan? Jika para pembaca mengikuti artikel keluaran yang lalu, ada menceritakan tentang Istidraj, iaitu Allah tetap memberikan kekayaan dan kemewahan kepada hamba-Nya walaupun terus-menerus melakukan dosa. Perkara ini harus kita elakkan agar kemurkaan Allah dapat kita hindari..

Sabda Nabi Muhammad SAW:

“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah berserta dengan berkat dari-Nya, bukannya berserta kemurkaan-Nya. Na’uzubillah! Ayuhlah kita sama-sama menjaga amalan agar seluruh isi kehidupan kita ini diberkati oleh-Nya.

murah rezeki

Tips #4. Sentiasa ingat Allah

Ketahuilah bahawa dengan banyak mengingati Allah, ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :-

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

(Surah Ar-Ra’d : ayat28)

Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia sama ada yang kaya mahupun yang miskin. Hanya zikirlah yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita.

Tip #5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan dilapangkan rezekinya, maka hendaklah mereka berbakti kepada kedua ibu bapanya serta menyambung tali silaturrahiim. Baginda Rasulullah SAW juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”

(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Hadis Riwayat : al-Hakim dan ad-Dailami)

Maka dengan 2 hadis sahih ini, termaktublah kepentingan kita berbakti kepada kedua ibu bapa kerana mereka yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya menguruskan kehidupan sendiri. Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernafas kerana ia menjadi asbab yang kukuh mengalirnya sungai dan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

Isu pembuangan sisa pepejal SWN Sdn. Bhd

Merujuk kepada kenyataan akhbar bertarikh 20 Februari 2014 berhubung pembuangan kotoran ke dalam laut, YBhg. Datuk Ab Rahim Bin Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) melahirkan kekesalan terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang telah dilakukan oleh pihak SWM Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat konsesi di bawah seliaan PPSPPA.

Jentera digunakan adalah Ultrawhack / Vacall milik syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. yang telah membuang sisa sedutan pembersihan longkang yang bercampur dengan sisa air longkang ke dalam laut.

Tindakan itu adalah menyalahi prosedur operasi merujuk kepada kesalahan Primary (P4) pembersihan awam iaitu pembuangan sisa pepejal atau air leachate (air sampah) di lokasi yang dipersetujui di dalam lokasi zon pembersihan tertentu.

PPSPPA telah mengambil tindakan serta merta dengan dengan mengenakan penalti sebanyak RM5,000.00 kepada SWM Environment Sdn. Bhd. Selain itu, pihak PPSPPA juga telah membuka kertas siasatan untuk melengkapkan bukti yang diperlukan bagi tujuan tindakan undang-undang selanjutnya. 

4 portal dilarang sertai sidang media BN

Empat portal berita utama, termasuk Malaysiakini, dilarang menyertai sidang media bagi mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil Kajang di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur hari ini.

Portal yang mengalami nasib sama termasuk The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, The Malay Mail Online.

Sidang media itu dikendalikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Chew Mei Fun diumumkan sebagai calon BN di Kajang.

Portal berita itu turut tidak dibenar menyertai sidang media mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual pada jam 3 petang ini di bangunan sama.

Insiden sebegitu bukan kali pertama berlaku.

PERKASA sokong Kasim Ahmad Dan Mahathir?

Guana abe ibrahim ali senyap?

Perkasa ni perjuangan nombor 1 mereka ialah kaum dan agama tak tahu la letak no berapa.

Pengejut!

AURAT BERSALIN: KES DARURAT TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH




AURAT BERSALIN: KES DARURAT TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH.

Senang saya bagi contoh, hukum harus makan khinzir ketika darurat tidak boleh dijadikan hujah bahawa khinzir tu boleh dimakan. Dalam keadaan darurat, seperti seseorang yang tiada daging melainkan khinzir sahaja, maka tak boleh dia terus berada dalam keadaan itu tanpa berusaha keluar daripadanya. Dalam keadaan darurat tiada daging melainkan khinzir, dalam keadaan kelompok yang sudah makan khinzir sudah 50 tahun kerana darurat, sehingga sebahagiannya sudah lupa hukum makan khinzir tu haram, maka jangan pula jadikan usaha dan kempen keluar daripada kemelut itu sebagai negatif, jumud, tidak realistik dengan berkata: anda mesti faham, kalau tak makan khinzir, kita semua akan mati.

Itulah ibarat untuk mudah difahami bagi golongan yang berhujah, keperluan, dalam keadaan tak ada doktor perempuan nanti pesakit akan mati dan bla bla bla.

Sebab itu saya cadangkan plan penyelesaian di dalam buku 'aurat ketika bersalin' atau 'sakit puan dan perbidanan: fardhu kifayah yang terabai'.

Baca buku tu untuk faham lebih lanjut, situasi, masalah dan penyelesaian. Kalau ada masa saya boleh ringkaskan cadangan penyelesaian, cuma tak berani janji sebab kekangan waktu.

- Zaharudin Muhammad.

KEJADIAN TEMBAK DI LAMPU ISYARAT INOKOM Kulim

February 20, 2014

Dewan Pemuda PAS Kedah

KEJADIAN TEMBAK DI LAMPU ISYARAT INOKOM Kulim :

2. Butir-butir mangsa:
Nama: Ganasepillay a/l Subramaniam
Alamat: No 4 Lorong 1 Tmn Kenangan, Sg karangan kulim.

3. Ringkasan kes:
Pada 20/2/14 jam lkurang 9.00 pagi mangsa bersama teman wanita bernama Umathariseeni a/p Sathayah
Kpt: 930401075494, alamat: No 307, lrg 10/12 Tmn Desa Aman, Pdg Serai menunggang msikal jenis honda ex5 warna merah no plat PKC 937 mnghala ke hospital kulim utk menerima rawatan lanjut. Sebaik msikal sampai di hadapan kilang inokom jln kulim baling tiba2 tlh melihat sebuah msikal yg dinaiki oleh 2 L(I ) jenis Yamaha 135LC warna gelap, no plat PKT 7724 mghimpit msikal yg dibonceng oleh mangsa dan tiba2 tlh terdengar bunyi meletup sebanyak 5, 6 kali. Kemudian mangsa tlh terjatuh. Teman wanita mangsa terus berhentikn msikal lalu melihat mangsa dlm keadaan tidak sedarkn diri serta berlumuran darah.

4. Mangsa sdh dihantar ke hospital kulim dan sedang mndapatkan rawatan dan masih kritikal dan terdapat 4 kesan tembakan di bebeapa anggota badan.

6. Siasatan awal di tempat kejadian menemui 2 kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan Thai Arms 9mm. Terdapat kesan darah mangsa di tgh2 jalan serta topi keledar mangsa yg ada kesan darah.

Terima kasih.

Kerajaan Pulau Pinang mahu bina sekolah Tamil, Putrajaya tolak

GEORGE TOWN, 20 FEBRUARI: Putrajaya menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di negara ini iaitu di Bagan Dalam, Butterworth sehingga mengecewakan ramai pihak termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mengulas keputusan Kerajaan Persekutuan UMNO-BN itu, Guan Eng berkata, tawaran ikhlas kerajaan negeri untuk menyediakan sebidang tanah bagi membina sekolah berkenaan langsung tidak dipertimbangkan oleh Putrajaya, apatah lagi MIC.

“Kami hanya meminta satu sekolah menengah Tamil. Ini tidak akan menjejaskan sesiapa,” katanya pada sidang media di Komtar, seperti dilaporkan The Malaysian Insider.

Namun beliau masih positif dan berjanji untuk merayu kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri sebelum membawa perkara itu lebih lanjut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP juga memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai banyak pilihan kecuali harus melalui Putrajaya memandangkan hal ehwal pendidikan malah sekolah swasta pun memerlukan lesen daripada Putrajaya.

“Kami juga tidak cukup dana,” tambah Ahli Parlimen DAP Bagan itu.

Beliau sudah beberapa kali menulis surat kepada Kementerian Pendidikan tahun lalu mengenai permohonan itu serta memberi penjelasan bagaimana sekolah menengah Tamil akan memenuhi keperluan pendidikan komuniti Bagan Dalam, yang merangkumi 24% jumlah keseluruhan penduduk.

Kerajaan Negeri kemudiannya mendapat jawapan melalui surat bertarikh 8 Januari daripada Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof bahawa tiada peruntukan mengikut Akta Pendidikan 1996, bagi membina sekolah menengah Tamil.

Surat berkenaan juga menyatakan akta itu hanya digunakan untuk sekolah menengah bagi memenuhi keperluan pendidikan semua bangsa dalam negara.

Guan Eng juga berkata, Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan tidak berkata benar apabila berkali-kali menafikan menerima sebarang surat mengenai permohonan itu daripada kerajaan negeri.

"Beliau berkata tiada surat daripada Pulau Pinang, tetapi Kementerian Pendidikan sebenarnya menghantar jawapan kepada kami. Kamalanathan tidak sepatutnya menipu," katanya.

Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy yang juga Exco Pendidikan pula berkata, kerajaan negeri sudah memohon kepada BN untuk mengenepikan politik dan memberi sokongan untuk membina sekolah itu.

Malangnya, beliau berkata, parti India juga tidak menyuarakan sokongan mereka, sebaliknya kumpulan pendidik Dong Zong yang menyokongnya. - Roketkini.com

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU PUSAT TAHFIZ AMAL DI YAN KEDAH

February 19, 2014

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN ISU PUSAT TAHFIZ AMAL DI YAN KEDAH

Pertamanya Pusat tahfiz Amal Jalan Kuala Kedah Yan Batu 17 ini telah kita kenalpasti bernaung dibawah ajaran Azhar bin Wahab atau kita kenali sebagai ajaran Al-Mansur. Kebanyakan negeri juga telah memfatwakannya sebagai sesat dan menyeleweng termasuk negeri Kedah yang telah memfatwa dan mewartakannya sebagai bercanggah dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya ingin menasihatkan kepada masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan taktik kumpulan ini yang menggunakan nama Pusat Tahfiz Amal bagi membuat jualan dan mengutip derma kerana pada hakikatnya mereka bukan sahaja telah mengeksplotasi kanak-kanak malah turut mencabul hak kanak-kanak tersebut bagi mendapat pendidikan yang sewajarnya. Bagi mereka yang benar-benar ingin membuat amal ataupun berderma, carilah saluran yang diakui sahih kerana dibimbangi derma kita itu nanti akan memberi sumbangan kepada kelangsungan sebuah kumpulan yang menyeleweng dan juga mempergunakan kanak-kanak.

Kita juga mendapati mereka telah memanipulasi para pelajar untuk melakukan kutipan derma dengan berselindung di sebalik menjalankan jualan amal atas dasar kononnya ia merupakan falsafah akademik bagi mempelajari nilai-nilai Islam secara praktikal. Inilah hakikat pembohongan terbesar mereka terhadap agama demi keuntungan peribadi yang mesti kita banteras bersama-sama.
Akal yang waras dapat menilai sejauh mana kebenaran kumpulan ini, mana mungkin seorang penagasas sekolah tahfiz mengamalkan hidup sosial sebegitu, menjadi penyanyi dan mengeluarkan album. Justeru, masyarakat harus sedar dan tidak terus berderma kepada pusat amal ini yang kononnya bagi bagi kutipan derma kanak-kanak agar tidak menjadi kelangsungan kepada kumpulan ini.

Tindakan oleh pihak berkautoriti hanya akan berkesan sekiranya masyarakat bersama-sama tidak menyokong atau menghulurkan bantuan kepada kumpulan ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
19 Februari 2014

Rujuk Fatwa berkenaan Ajaran Azhar Bin Wahab
Klik - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kedudukan-ajaran-azhar-bin-wahab-pengasas-al-mansur-holdings-sdn-bhd-1

MENGECAM ANCAMAN TERBARU TERHADAP TERESA KOK

Saya mengecam serangan terbaru terhadap Teresa Kok yang dibuat menerusi cat merah yang dicurah dan bangkai ayam yang dilemparkan di Pusat Khidmatnya.

Serangan ini berlaku selepas wujud tawaran untuk menampar Teresa daripada sekumpulan NGO tertentu sebagai respon terhadap video Tahun Baru Cina Teresa ‘Onederful Malaysia’ yang mereka dakwa menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

Jurucakap kumpulan yang sebelum ini mengancam untuk menampar Teresa dan memotong dua ekor ayam di atas gambar pimpinan Pakatan Rakyat mengaku beberapa anggota mereka terlibat di dalam beberapa insiden sebelum ini termasuk isu kepala lembu beberapa tahun yang lepas.

Amatlah sedih apabila kumpulan yang mendakwa mempertahankan Islam mengambil tindakan yang tidak diajar agama kita. Islam mengajar kita menjaga adab kita di dalam berbeza pendapat dan berlaku adil kepada semua insan termasuk bukan Islam.

Saya berharap pihak yang selama ini begitu lantang di dalam mengeluarkan kenyataan terhadap mereka yang membantah tindakan kerajaan dan sebagainya akan turut mengeluarkan pandangan mereka tentang tindakan golongan-golongan ini.

Saya juga menyeru Kerajaan UMNO-BN yang sering bercakap soal wasatiyyah atau kesederhanaan untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan ini yang didokong oleh mereka yang rapat dengan UMNO-BN.

NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA

“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


1. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam“ SEMINAR PEMIKIRAN KASSIM AHMAD: SUATU PENILAIAN ” pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

2. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

i. Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

iii. Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi

iv. Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an

v. Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

vi. Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Qur’an bagi menggantikan hadith

vii. Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

3. Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i. Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii. Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii. Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv. Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v. Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi. Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Qur’an

vii. Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

4. Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini. Disamping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

5. Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam. Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

6. Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

7. Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

8. Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Sekian, terima kasih.

’Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
19 Februari 2014

Penjelasan Jakim terhadap kenyataan Kassim Ahmad

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini membuat pendirian bahawa pandangan yang dikemukakan Kassim Ahmad dalam satu seminar di Putrajaya minggu lalu adalah bercanggah dengan perinsip ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian" itu.

"Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

"Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam," kata beliau dalam satu kenyataan.

Pemuja Aliran Atheist: Keturunan Iblis Laknatullah?

February 18, 2014

Punca kesesatan dan kekafiran Iblis laknatullah di sisi Allah adalah sikapnya yang keterlaluan di dalam menggungulkan logik di atas wahyu.

Ketika Allah memerintahkannya untuk sujud kepada Adam, dipertikaikannya perintah itu melalui satu persoalan yang diajukannya kepada Allah: Apakah dia perlu sujud kepada Adam yang diciptakan daripada tanah yang busuk, padahal dirinya diciptakan daripada api? Dengan sikapnya itu, Allah pun menjadikannya sebagai makhluk yang tersesat dari jalan yang lurus, sehingga ke Hari Kiamat.

Iktibar yang boleh kita petik daripada huraian di atas adalah, hendaklah kita umat Islam berpada-pada dalam menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah, khususnya apabila berinteraksi dengan wahyu Allah yang disampaikan menerusi Rasul pilihannya, Nabi Muhammad shallallahu 'alaiahi wasallam (al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih).

Justeru apabila sampai kepada kita perkhabaran daripada al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih yang dilihat 'bercanggah' dengan logik akal kita, hendaklah kita segera menundukkan akal kepadanya dengan menyerahkannya kepada Allah.

Ketahuilah perbezaan kita dengan orang bukan Islam adalah terletak kepada satu prinsip: "Sami'na wa atho'na...." (kami dengar dan kami taat).

Via cikgu arie

Keputusan Perlawanan Piala FA

Kelantan, JDT, Pahang mengulangi kemaraan ke separuh akhir.

:: PKNS FC 3-3 Kelantan (agg 5-6)
:: Kedah 0-2 JDT (agg 1-5)
:: Pahang 2-1 PDRM (agg 3-2)
:: Sarawak 2-2 Felda Utd* (agg 2-2, *away goal)

Siapa admin page pantai timur murtad?

Adakah betul?

Boleh sesiapa tentukan?

Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis

Harris Hardy Hakim

GOMBAK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan yang dibuat intelektual kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang dianggap anti hadis.

Dr Mahathir berkata Kassim sering dilabel anti hadis kerana pihak yang menuduhnya gagal berhujah dengannya mengenai isu agama.

"Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang kata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain." katanya selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Katanya, sama seperti Kassim beliau juga sering dilabel dengan berbagai gelaran selepas hujahnya tidak diterima pihak tertentu.

"Saya juga dilabel sebagai anti cina, dituduh rasis dan macam-macam. Jadi walaupun saya berkata benda yang benar, saya tetap dianggap rasis," katanya.

Tegas Dr Mahthir, beliau tidak menganggap Kassim sebagai seoarang yang anti hadis dan sebaliknya beliau sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.

Mengulas laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap Dr Kassim, Dr Mahathir berkata perkara tersebut sudah menjadi amalan biasa di negara ini.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

“Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," katanya lagi.

Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad dilaporkan antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan PAS mengecam kenyataan Kassim itu.

Sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh Kassim dan mendakwa pihak pernah berdialog dengan intelektual Melayu itu pada tahun 1986.

Kenyataan IKRAM Berkaitan Dengan Kenyataan Kasim Ahmad

Mus'ab Nasihah

18 Rabi’ul Akhir 1435 Hijrah bersamaan 18 Februari 2014

Kassim Ahmad, seorang pemikir yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu dengan idea penolakan terhadap hadis sebagai sebahagian daripada sumber rujukan utama umat Islam telah sekali lagi mencetus kontroversi apabila sebuah seminar tentang pemikiran beliau telah dianjurkan baru-baru ini pada 15 dan 16 Februari bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.

Seminar ini telah mendapat banyak reaksi dan maklum balas daripada masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan yang sensitif dengan isu umat Islam. Sebagai mewakili sebahagian daripada golongan mahasiswa Islam di Malaysia, Ikram Siswa juga amat memandang serius terhadap penganjuran seminar ini dan mengikuti perkembangan aliran ini dengan teliti. Sebagai mahasiswa yang telah diasuh dengan nilai-nilai ilmu dan intelektual yang tinggi, Ikram Siswa mengakui bahawa seminar, wacana dan perbincangan ilmiah merupakan antara medium perkembangan ilmu dan percambahan idea yang baik dan berkesan.

Namun begitu, perkembangan ilmu ini tidak mungkin akan berlaku jika medium -medium yang digunakan ini tidak disertai dengan tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana yang benar-benar ahli dalam bidang yang dibincangkan, dalam hal ini, tokoh atau sarjana dalam bidang hadis.

Tambahan pula, diskusi tersebut adalah tentang status penerimaan hadis yang diterima sejak berkurun lama sebagai salah satu daripada sumber-sumber hukum Islam, sudah pasti apa-apa pandangan yang bertentangan dengan apa yang telah dipegang umat Islam sejak sekian lama ini sangat dipandang serius oleh masyarakat.

Setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh Kassim Ahmad dan pendokong-pendokong aliran beliau, Ikram Siswa dengan yakin menyatakan bahawa hujah-hujah yang diguna pakai oleh beliau adalah tidak kukuh serta tidak boleh dijadikan sandaran dan sama sekali bertentangan dengan displin ilmu yang diterima pakai oleh ahli cerdik pandai.

Jika ditelusuri sejarah penurunan Al-Quran, pengumpulannya, penulisannya, penyimpanannya sehinggalah sampai kepada kita hari ini, kita akan mendapati bahawa ianya telah melalui satu disiplin ilmu yang sangat ketat dan teliti oleh orang-orang yang cukup amanah dan berkredibiliti. Setiap ayat yang hendak ditulis ketika pengumpulannya di zaman saiyidina Abu Bakar
hendaklah didatangkan dengan dua orang saksi yang adil dan dipercayai malah diperakui kesaksiannya.

Begitu juga dengan hadis. Keprihatinan tokoh-tokoh ilmu dalam menjaga keaslian ilmu hadis telah mencambahkan pelbagai disiplin perbincangan ilmu sehingga terbitlah ilmu al-jarh wa at-ta’dil iaitu satu susunan ilmu tentang penelitian ke atas keperibadian, keilmuan dan akhlak setiap yang meriwayatkan hadis. Malah berdasarkan ilmu ini, pandangan masyarakat terhadap setiap yang menyampaikan hadis itu turut diambil kira. Setiap hadis yang sampai kepada kita ada kaedah penentuan keasliannya, bukan ditolak atau diterima pakai sewenang-wenangnya.

Inilah kehebatan tradisi keilmuan Islam yang sangat teliti, peka dan cermat sehingga telah mengembangkan lagi disiplin-disiplin ilmu yang lebih luas dan berkualiti yang telah diwarisi umat sejak temurun dan juga diakui oleh tokoh-tokoh dan sarjana-sarjana bukan Islam. Sungguh ironi bagaimana seseorang itu boleh menolak hadis tetapi menerima al-Quran sedangkan banyak ayat dalam al-Quran sendiri yang menyeru umat Islam supaya mentaati dan mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh yang demikian, Ikram Siswa menyeru masyarakat Malaysia supaya:

1. Menolak idea pemikiran yang dibawa oleh Kasim Ahmad dan menegaskan bahawa
Hadis merupakan sebahagian daripada sumber utama rujukan umat Islam bersama-sama dengan al-Quran berdasarkan hujah-hujah yang kuat disertai dengan disiplin ilmu yang jelas dan diterima ahli bijak pandai.

2. Mematuhi fatwa yang telah dibuat di peringkat pusat atau negeri-negeri berkenaan kesesatan pemikiran golongan anti hadis yang antaranya termasuklah Kassim Ahmad.

(Sila rujuk fatwa tersebut di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-kumpulan-anti-hadis-0 dan http://www.e-fatwa.gov.my/senarai-fatwa-negeri?title=kassim&group_nid=All&field_status_penwartaann_value_many_to_one=All&field_tarikh_keputusan_neg_value%5Bvalue%5D%5Bdate%5D=3. Menyeru badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk bersama-sama berganding bahu dalam menangani pemikiran ini melalui pendekatan pembudayaan ilmu yang sahih dan jelas yakni hujah bertemu dengan hujah seperti menganjurkan program-program kesedaran kepada masyarakat tentang kecelaruan pemikiran Kassim Ahmad dan golongan yang menolak hadis dan sebagainya. Malah adalah sangat baik jika sebuah dialog dapat diadakan antara sarjana-sarjana hadis dengan Kassim Ahmad sendiri kerana ianya mampu membantu menjelaskan kepada masyarakat tentang yang
manakah pandangan yang benar dan yang manakah pandangan yang salah.

4. Menyeru kepada masyarakat terutamanya golongan mahasiswa untuk meneliti dan mendalami agama Islam melalui displin ilmu yang benar, bukan hanya bergantung kepada logik akal semata-mata.

Marwan bin Abdullah
Presiden IKRAM Siswa Nasional

http://www.ikramsiswa.com/archives/118
Like·Comment·Share
2 people like this.

TUJUH KEUTAMAAN SETEMPAT KAJANG YANG BAKAL DIBERI PERHATIAN KHUSUS

TUJUH KEUTAMAAN SETEMPAT KAJANG YANG BAKAL DIBERI PERHATIAN KHUSUS

Saya berpeluang mendekati penduduk di Kajang sejak beberapa minggu lalu untuk mendengar sendiri masalah

dan harapan mereka. KEADILAN juga telah membuat satu kajiselidik dengan pengundi berdaftar di Kajang untuk

mengenalpasti isu-isu setempat yang wajar mendapat pembelaan.

Saya berpuashati bila mana maklumbalas yang saya dapati semasa bersua muka dengan penduduk disahkan oleh

kajiselidik yang dijalankan.

Dapatan utama dari pengalaman saya berinteraksi dengan penduduk menunjukkan bahawa tiga perkara utama yang

memerlukan perhatian segera di Kajang adalah soal keselamatan penduduk akibat jenayah yang makin meningkat,

masalah kesesakan trafik dan soal kebersihan setempat serta kesihatan.

Ini bertepatan dengan kajiselidik yang menyenaraikan keutamaan isu-isu setempat seperti berikut (% menunjukkan

jumlah responden yang bersetuju ia isu yang paling utama untuk diberi perhatian):

1. Keselamatan dan jenayah – 42%

2. Kesesakan trafik – 38%

3. Pengurusan sampah dan kebersihan – 30%

4. Masalah sosial – 20%

5. Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah – 16%

6. Pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil – 12%

7. Perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang – 11%

Saya akan terus mendekati penduduk Kajang untuk berbincang mengenai harapan dan kaedah yang boleh digunakan

untuk menyelesaikan isu setempat ini. Saya yakin bahawa jalan yang terbaik ialah dengan melibatkan masyarakat

setempat dengan memberdayakan mereka menguruskan hal ehwal masyarakat setempat.

Saya juga telah berbincang dengan Institut Rakyat supaya satu kajian perbandingan khusus dibuat serta merta untuk

mengkaji amalan terbaik (best practices) yang digunapakai di tempat-tempat lain dalam menangani beberapa masalah

yang perlu diberikan keutamaan di Kajang. Hasil dari kajian itu akan dibentangkan dan dibincangkan bersama

penduduk supaya kita dapat menggembleng tenaga semua pihak untuk menjadikan Kajang selamat, bersih dan

lancar.

Sudah tentu isu-isu nasional yang mendesak seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan, perumahan yang

diluar kemampuan rakyat dan gaji yang tidak meningkat memerlukan pembelaan berterusan.

Saya berharap usaha yang berterusan untuk menyelesaikan tujuh keutamaan setempat yang saya gariskan akan

melonjakkan Kajang sebagai salah sebuah bandar satelit terbaik di negara ini.

ANWAR IBRAHIM

18 Februari 2014

AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP KENYATAAN BIADAP DR KASSIM AHMAD

AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP KENYATAAN BIADAP DR KASSIM AHMAD

(17 Februari 2014)

Tidak ada umat Islam yang tidak marah apabila Dr Kassim Ahmad menyentuh sensitiviti agama Islam apabila mendakwa umat Islam terlalu mendewakan Nabi Muhammad SAW dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. Beliau turut menyentuh bahawa golongan ulama’ telah diseleweng melalui amalan “kasta paderi” di mana mereka (golongan ulama’) melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam.

Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan bertempat di Putrajaya dengan menampilkan Dr Kassim Ahmad, individu yang dilabel sebagai anti hadis dan menjulang personaliti tersebut ke kedudukan tertinggi. Entah apa jasanya sehingga pemikiran beliau diseminar kan dan diwacanakan dengan beliau sendiri dijemput memberikan ulasan. Agak menghairankan bagaimana program sebegini boleh mendapat kelulusan, mendapat tempat teristimewa di kawasan Putrajaya dalam keadaan program agama yang lain diburu dan dipantau ketat. Mengapa tiada tindakan sebelum program dijalankan bagi memastikan tiada pandangan yang pelik dan mengelirukan umat Islam dilontarkan ketengah masyarakat.

Pastinya kenyataan Dr Kassim mengundang kemarahan jutaan umat Islam di negara malah di seluruh dunia. Nabi Muhammad SAW adalah insan kesayangan Allah SWT, kecintaan umatnya pada hari ini sehingga disambut kelahirannya setiap tahun. Mencintai Rasulullah SAW adalah ibadah, menjamin syafaat baginda, serta mendapat kecintaan juga daripada Allah SWT. Rasulullah SAW adalah insan maksum yang boleh dicintai dan diagungkan, kerana ia sebahagian daripada rukun Iman dan syahadah umat Islam. Mengguris peribadi Rasulullah SAW bererti mengisytiharkan perang ke atas umat Islam.

Beliau juga gagal memahami bahawa para ulama’ adalah pewaris Nabi SAW. Ketiadaan Nabi SAW menjadikan para ulama’ sebagai galang ganti yang memberi tunjuk ajar kepada masyarakat. Memusuhi ulama’ (yang benar) bererti juga memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah SAW. Apakah kerana beliau gagal menempatkan diri be rsama para ulama’ maka para ulama’ pula perlu dibenci?

Selain itu, saya menganggap Dr Kassim terlalu dangkal soal hukum asas berkaitan agama Islam. Rambut menjadi topik perbincangan dengan kenyataan bahawa rambut bukanlah aurat wanita. Elok juga beliau menyatakan di manakah bahagian wanita yang dianggap sebagai aurat dan bukan aurat, dan saya kira ribuan ulama’ dan cendikiawan Islam bangkit untuk ‘sekolahkan’ beliau dengan ilmu asas Islam.

Saya amat bersetuju agar tindakan keras diambil terhadap penganjur manakala Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan hukum yang jelas terhadap kenyataan Dr Kassim Ahmad. Masyarakat perlu dijernihkan pemikiran daripada kenyataan songsang sebegini manakala beliau sendiri perlu diberikan status supaya masyarakat tidak terkeliru dan terus berpegang dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana difahami dan diajarkan oleh agama Islam.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

JANGAN HANYA KERAJAAN NEGERI, KITA JUGA PERLU BERUBAH

Mohammad Agus Yusoff

JANGAN HANYA KERAJAAN NEGERI, KITA JUGA PERLU BERUBAH

Kadang-kadang saya hairan melihat gelagat kawan-kawan memberi reaksi kepada posting saya pada Ahad lepas. Posting saya mudah sahaja: (i) Saya menyatakan saya memahami tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri kepada senarai tuntutan yang saya berikan kepada kerajaan negeri pada tahun lepas; (ii) Saya mendapat kerjasama yang baik dari kerajaan negeri kepada setiap pertanyaan yang saya ajukan dan saya berpuas hati; (iii) Saya nyatakan kerajaan negeri juga perlu memberi jawapan yang sama kepada rakyat supaya rakyat memahami tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri; (iv) Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri meningkatkan pengurusan media dan maklumat supaya jurang komunikasi dengan rakyat dapat dirapatkan.

Selain itu, saya angkatkan aduan guru YIK tentang masalah yang mereka hadapi. Saya katakan juga saya telah mendapat penjelasan daripada pihak berwajib dan saya berpuas hati. Maka, sekarang ini jika guru YIK masih tidak berpuas hati, tampillah memberi komen di wall saya ini. Nanti, saya akan angkatkan lagi kes ini ke pengetahuan MB dan TMB. Tapi semuanya tidak berani, sebaliknya meng'inbox'kan saya dengan pelbagai lagi aduan tentang YIK. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menulis hal ini di wall saya kerana guru-guru YIK apabila saya minta mereka menyatakan pengalaman masing-masing, ramai yang tidak berani.

Apabila saya membuat posting yang sedemikian, reaksi kawan-kawan pelbagai. Ada yang marah kerana saya hanya mengkritik kerajaan negeri, ada yang kata saya takut kepada kerajaan pusat dan pelbagai lagi andaian. Ada pula yang kata saya jadi penasihat kerajaan negeri dengan elaun RM7k sebulan. Ada yang kata saya mengugut kerajaan negeri untuk mengaut keuntungan. Tidak mengapalah!

Yang men'apakan' saya ialah lain yang saya posting, lain yang kawan-kawan faham. Mengapa sampai begitu sekali terpesong fahamannya? Apakah kerana ketaksuban pada parti atau buta untuk melihat realiti? Saya tidak faham.

Yang saya faham ialah membuat fitnah itu salah. Dalam kita mencari kebenaran, sucikan perjuangan dengan mengelakkan fitnah. In Sha Allah, hidup kita selamat dunia akhirat.

Rakan-rakan, salam perjuangan.

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.