Malaysia Akan Digadai Kepada Amerika?

Jika orang-orang Melayu merasakan insiden di Plaza Low Yat tempoh hari adalah kemuncak mereka dihina dan dikhianati, mereka silap.

Ramai orang Melayu belum sedar bahawa mereka akan kehilangan kedaulatan di bumi sendiri akibat Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) yang akan ditandatangani tidak lama lagi.

TPPA merupakan perjanjian yang akan menjerat Malaysia untuk berada di bawah kongkongan kuasa imperialisme kapitalis Amerika-Yahudi, yang akan merentap maruah negara sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Perkara yang paling penting ialah hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera bakal terhapus dengan sendirinya setelah TPPA ini termeterai.
TPPA akan memberikan hak kepada pelabur daripada negara luar seperti Amerika dan Australia untuk membida perolehan kerajaan yang selama ini dikhususkan untuk membantu syarikat Melayu dan bumiputera.
Jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan bumiputera, selepas TPPA ditandatangani, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam (dasar BEE, mirip DEB).
Ini bermakna, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan bumiputera, akan tidak terpakai lagi. Melayu dan bumiputera dilayan sama seperti warga asing.

Kekayaan negara akan dibuka untuk dibida oleh semua orang. Sudah tentu Amerika dan negara seperti Jepun, yang mempunyai kekuatan modal dan teknologi yang berlipat kali ganda berbanding kita, akan memenangi bidaan. Kita akan merempat di bumi sendiri.

Apakah penghinaan dan pengkhianatan yang lebih besar daripada usaha menggadaikan kedaulatan Melayu dan bumiputera kepada kuasa imperialis dan kapitalis Amerika-Yahudi menerusi TPPA?

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab Rahman
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia

No comments

Powered by Blogger.