Kisah Imam Malik dan bai'ah talak isteri

Kebetulan sekarang tengah kecoh isu bai'ah cerai isteri saya nak bawa cerita bai'ah cerai isteri di zaman Imam Malik seperti yang diceritakan oleh Imam Az Zahabi dan lain2 ulamak.

Imam Malik sempat dengan zaman peralihan antara kerajaan Umayyah ke kerajaan Abbasiyah. Perubahan yang berlaku secara perang dan rampasan kuasa ini menjatuhkan kerajaan Umayyah dan menaikkan kerajaan Abbasiyah.
Oleh kerana kerajaan Abbasiyah takut mereka digulingkan mereka memaksa pegawai2 kerajaan memberi bai'ah kepada mereka dengan jika mereka menentang khalifah Abbasiyah maka jatuh talak atas isteri mereka.

Imam Malik meriwayatkan hadis "Tidak sah talak orang yang dipaksa" dan hadis ini menimbulkan kemarahan khalifah Ja'far Al Mansur pada ketika itu dan melarang Imam Malik meriwayatkan hadis ini kerana ia boleh mengugurkan bai'ah terhadapnya dan boleh menimbulkan pemberontakan terhadap kerajaannya. Walaupun begitu atas dasar amanah terhadap ilmu Imam Malik tetap meriwayatkan dan berfatwa dengan hadis ini sehinggalah beliau dihukum sebat puluhan kali sehingga patah bahunya.

Mafhum mukhalafah dari hadis dan kisah ini ialah jika bai'ah talak isteri tak dipaksa dan dengan rela maka ia sah dan jatuh talak.

No comments

Powered by Blogger.