News Update :

SEMAKIN GETIR UJIAN, SEMAKIN RAPAT DENGAN KEMENANGAN

July 27, 2015

Muhammad Mujahid Perak

SEMAKIN GETIR UJIAN, SEMAKIN RAPAT DENGAN KEMENANGAN

Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Saya pelik dengan beberapa kelompok;

1. DAP katanya memperjuangkan kebebasan, tetapi mereka menghalang PAS daripada melaksanakan undang undang Islam di Kelantan.

2. Ada GHB yang mendakwa pemikiran yang hebat, tetapi mereka sendiri yang mengatakan "aku tidak langgar bai'ah, tetapi PAS yang langgar bai'ah".

3. SIS katanya memperjuangkan kebebasan kaum wanita, tetapi mereka menghalang orang Islam daripada memakai tudung.

4. UMNO katanya memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi mereka sendiri merompak duit negara berbillion ringgit sehingga menindas bangsa Melayu sendiri.

5. Beberapa kelompok yang katanya jemaah Islam, tetapi mereka jugalah yang mempertikaikan apa yang PAS perjuangkan.

Dulu, PAS dikatakan kuda tunggangan DAP, tetapi apabila PAS bertegas dengan prinsip, mereka berdiam diri tidak pula menyokong tindakan PAS. Sejak kebelakangan ini, PAS dikatakan nak bergabung dengan UMNO walaupun telah dinafikan. Tetapi hari ini mereka pula yang memperkenalkan Kerajaan Campuran.

Apabila PAS memperkenalkan cara Islam dalam pendakwaan, mereka dakwa PAS sokong Najib. Apabila PAS bertegas dengan prinsip, mereka katakan tak pandai realiti. Apabila PAS bersabar bertahan dengan fitnah, mereka katakan PAS ketinggalan.

Apabila PAS berjanji taat setia (bai'ah) mereka mula memperbodohkannya walaupun mereka sendiri turut sama melakukan perbuatan ini tatkala mahukan secubit kuasa dahulu. Sabarlah wahai PAS, sabarlah wahai para pimpinannya, sabarlah wahai Tok Guru,

Pakar sejarah Dr Raghib as Sarjani pernah menyatakan

إذا اشتد البلاء قرب النصر

"Semakin getir ujian itu, bermakna semakin hampirlah kemenangan itu"

Istiqamah hingga kemenangan

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

3 comments:

Abootarbus said...

Macam2 cara nak membenarkan yg dusta,......apa lagi atas tiket ulamak! Iqro' wahai ulamak!

Muhd Ameerul Fadli Roshidi said...

Apa nak peliknye..

Pesan Nabi berdakwahlah dengan penuh hikmah. Dengan orang UMNO yang Islam pun PAS gagal beri kefahaman/dakwah tentang hudud inikan pula puak2 DAP. Pendekatan yng dimabil pula bukan secara mendidik tetapi secara bodoh sombong.. maka sekali lagi PAS dan kepimpinan gagal menzahirkan amalan dan ajaran Nabi kita untuk berdakwah dengan berhikmah sebaliknya lagak sombong dan bongkak telah manjatuhkan imej sebuah parti Islam yang juga mengaibkan nama Islam yg parti ini perjuangkan. Saya sungguh sedih.. kitab mana yg PAS pakai sehingga begitu sombong dengan orang bukan Islam dan paling celaka ialah apabila politik kotor caci mencaci tuduh menuduh diamalkan oleh ketua2 PAS yang mengaku perjuangkan ISlam...

Abootarbus said...

hari tu buat fitnah, lepas tu lawan kawasan pilehraya di tempat kawan.........kira tikam belakang la tu,.........hari ni keluar hukum baiah la hapa la.......memang dah nak mampos.....

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.