News Update :

Senja begini saya coretkan sikit untuk renungan bersama dalam isu GHB ini

July 23, 2015

Amzad Hashim


GHB adalah serpihan PAS. Mereka yg mungkin batang tubuh atau idealisma mereka tidak diterima oleh 80% ahli PAS berdasarkan keputusan muktamar lalu. Mereka kecewa. Adab berjemaah akur dgn keputusan jamaah. Tapi mereka mahu teruskan juga asalnya atas alasan mahu kuatkan PAS. Kini tanpa segan silu mereka berkata PAS adalah lawan mereka.

BUKAN semua 20% ahli PAS yg mengundi mereka menyokong GBH. Dari kalangan 20% itu ramai yg matang dan bersih hatinya, benar2 percaya bahawa kaedah yg mereka perjuangkan demi kebaikan PAS. Malah merekapun tak sangka rupa2nya pandangan mereka adalah mewakili minoriti dalam PAS kerana media asyik beri keyakinan yang merekalah yg menguasai.
Samalah permainan media sekarang yg beri gambaran yg fantastik tentang GBH.

Jadinya GBH disokong kurang 10% ahli PAS yg nekad menganggap PAS musuh/lawan/seteru/saingan/opponent mereka.
Sekarang DAP mengetuai rancangan satu pakatan baru yg mereka yakin dapat sokongan PKR dan dimasukkan bersama serpihan PAS, GBH ini.

GBH ini akan dibiaya dengan bantuan kewangan dari DAP. Seperti juga PASMA tidak pernah menafikan menerima wang yg byk dari DAP (sehingga RM500,000 sebulan menjelang Muktamar PAS yg lalu).
GBH tidak sembunyikan niatnya untuk masuk bertanding dikawasan di mana PAS menentang UMNO. Untuk apa, rakyat Malaysia bukanlah tolol sangat untuk tidak memahaminya.

GBH sbg serpihan yg kecil tanpa jentera sudah tahu mereka punya peluang tipis untuk menang. Mereka cuma nak lepas dendam. Konon tanpa mereka PAS takkan menang. Sedangkan perbuatan jijik mereka sebenarnya memberi harapan baru kepada UMNO.

Kita kembali kepada gabungan DAP , PKR dan GBH.

GBH sudah nyata sifatnya menjadi alat kepada DAP sebagai kuda mereka dalam permainan catur perluasan kuasa DAP dalam lanskap politik negara.

PKR bukan sepenuhnya Islam. Jika rajin memeriksa adun dan mp PKR maka boleh dinilai nisbah berapa yg muslim dan berapa yg bukan muslim.

Gabungan PKR, DAP dan GBH nyata nya adalah alat dan perangkap penguasaan DAP sebagai dominant king maker.

Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

5 comments:

cikmatgelap said...

PENULIS ARTIKEL NI MENYERLAHKAN KEBODOHANNYA,ISLAM TERBAHAGI 73 GOLONGAN 72 MASUK NERAKA CUMA SATU JE GOLONGAN YANG DITERIMA,KLU CUMA SATU TENTU LE SIKIT JE,YG 72 TU TENTU RAMAI....98% MASUK NERAKA CUMA 2% JE YG DI TERIMA........KLU KAMU NAK BANGGA TERGOLONG DLM GOLONGAN RAMAI TU....CEPAT2LE FIKIR2KAN

fazurybeuteq said...

mana kau tahu ,tak payah komenlah tentang GHB,kau kuatkan laagi perjuangan Pas agar dapat menguasai kelantan ,sebab Putrajaya tak ada dalam kamus kamu.biarkan ulamak Pas mengina dan menghalalkan cara ,kau fikir orang sekarng bokih diperbodoh kan olek pendapat kamu,sudahlah ,nanti kiat yang jadi bodoh sombong,meulis pandai menilai tak bijak.

sanizabrinee said...

Betul tu dan tak semua 80% yang menyokong UG bersetuju dengan halatuju PAS . Paling kuat pun 20% je so janganlah mendabik dada dan perasan yang hangpa tu kuat . Kalau setakat geng geng ustaz yang tak pernah diuji dengan kesusahan dan penjara boleh simpan je lah keyakinan yang mengarut tu.

Jambo Mana said...

AMZAD HASHIM APA YANG KAU MERAPU NI? GHB DAH TAK DAPAT SOKONGAN AKAR UMBI PAS,JADI JANGAN BUANG MASA BAGI PUBLICITY KAT DIA ORANG DENGAN KOMEN2 KAMU. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK MEMPERTAHANKAN KELANTAN DARIPADA JATUH KEPADA UMNO. SELESAIKAN MASALAH PERUMAHAN MANGSA2 BANJIR. JANGAN HANYA BIARKAN UMNO SAJA YANG MEMBANTU, KERAJAAN PAS KELANTAN BUAT APA? GHB TU BIARKANLAH MEREKA. MEREKA MANA DAPAT SOKONGAN.

mansor said...

kit bercakap ttg islam berpuluh tahun....tapi tak berbuat apa2...bila GHb muncul kita bercakap lagi...islam kekal lemah kerana mulut....

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.