HITAM PUTIH TURKI
Masyarakat di sini melihat Kamal Attartuk satu simbol kemodenan yang disanjung sebagai hero pembaharuan kerajaan Turki.
Jasanya dikenang menjadikannya idola yang banyak berjasa kepada Turki walaupun doktrin yang dibawa olehnya bersifat sekularisma. Satu realiti bahawa dirinya dipandang mulia walaupun di kawasan perkampungan sejauh Göreme.
Lelaki bermata biru bernama Attartuk itu meninggalkan kesan yang berbeza pada kita, pemerhati dari Nusantara.
Di negara kita, Attartuk dikenali pemimpin yang menggulingkan Turki dan berjaya musnahkan legasi khalifah Uthmaniyah. Kejayaannya memodenkan Turki sehingga agama berjaya dipisahkan dari dunia. Benih yang ditanam Attartuk berjaya menjadikan Turki sebagaimana hari ini.
Sejarah hanya tinggal sejarah.. hitam dan putihnya masih samar di Turki mahupun di Nusantara.
Masyarakat Turki menjadi lebih barat dari barat.
PELAJARAN BUAT KITA
British telah memberi kemerdekaan kepada kita. Itupun setelah mereka sempat meracun pendidikan kita dan pentadbiran dengan doktrin sekulerisme yang telah berjaya mereka uji kejayaannya di Turki.
Sebelum kita, Indonesia dulu telah berjaya di porak perandakan sistemnya dengan seruan nasionalisma dan demokrasi lalu acuan kejayaan itu dipakaikan pula di Malaya.
Orang yang berperanan membenihkan sosialisme dan urus tadbir pecah dan perintah melalui kesinambungan kolonialisme adalah Sir Henry Gurney.
Jurutera yang telah berjaya membuka penjajahan Palestin sehingga dirampas Yahudi. Malangnya, bagi sejarah Malaysia beliau dikenali sebagai insan yang membawa pembaharuan kepada negara. Namanya terpampang diingati sebagai salah seorang tokoh sejarah negara.
Kalau Turki pun rakyat telah berjaya digelapkan sejarahnya sehingga generasinya tidak dapat membezakan haq dan batil. Anak cucu kita juga sedang mengalami nasib yang sama.
Tanyalah ibubapa mereka, belum tentu ada yang kenal siapa Snouck Hurgronje?
Sejarah yang kita belajar hanyalah untuk memenuhi syarat sekeping sijil.
Bukan untuk pembinaan jati diri.
Bukan untuk mencipta generasi pewaris.
Anak-anak kita sedang mengikut barat sebagai kiblat. Segala cara hidup, dari pakaian sampai kebebasan beragama ligat diperjuangkan.
Segalanya nak disamakan, pakat nak jadi orang putih celup jawa.
SHAUQI
Salam Jumaat dari Amasya, Turki.
No comments
Post a Comment