Tun Mahathir Sudah Nyanyok?



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa sesiapa saja yang menegur Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan dibuang dari kepimpinan kerajaan. Katanya kepada Malaysiakini, itu permainan politik Najib.

Satu kenyataan yang ringkas dan menarik. Cukup untuk menggambarkan kepada negara kononnya Najib itu ‘zalim’ dan ‘kejam’. Cukup untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu di mata rakyat.

Terlintas di fikiran penulis, sepanjang Tun M berkuasa selama 22 tahun, pernah atau tidak beliau menukar mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengannya dari kepimpinan kerajaan?

Jawapan penulis, ‘tidak pernah’. Penulis percaya, Tun M ‘tidak pernah’ buang, tukar atau jatuhkan walau seorang pun pemimpin UMNO atau BN yang menegur beliau selama berkuasa di negara kita. Itu ‘benar’, sangat-sangat ‘benar’.

Kerana itulah ramai pemimpin UMNO dan BN di bawah kepimpinannya dahulu bersikap sangat ‘berani’ untuk menegur Tun M ketika memegang jawatan nombor satu negara. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Tun M ‘ditegur’, ‘dimarah’, ‘dipertikai’ dan ‘diserang’ selama 22 tahun.

‘Telus’ dan ‘baiknya hati’ Tun M, beliau ‘tidak’ tukar, buang atau ‘cantas’ seorang pun dari kalangan mereka yang menegur beliau ketika itu, bukan? Begitulah ‘suci’nya hati Tun M, bapa kepada Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Ketika menjadi Presiden UMNO pun dulu, beliau ‘tidak pernah’ buang atau pecat sesiapa pun dari UMNO. Kerana itulah semua perwakilan, pemimpin dan ahli akar umbi parti itu riuh rendah menegur beliau dulu. ‘Tiada’ seorang pun diambil tindakan disiplin terhadap mereka. Malah ada yang ‘dipeluk cium’ dan ‘diangkat dijulang’ ke peringkat ‘tertinggi’ karier politiknya.

Tidak perlulah penulis senaraikan nama-nama pemimpin UMNO dan kerajaan dulu yang ‘tidak pernah diambil tindakan’ terhadap mereka. Dari pemimpin atasan hinggalah ke akar umbi, semua pernah merasa seorang sedikit ‘kebaikan hati’ Tun M. Pendek cerita, ada yang sampai meninggal dunia pun masih ‘sayang sangat’ pada Tun M atas tindakan ‘baik hatinya’ itu.

Penulis teringat pada kata-kata Tun M sebelum ini yang mengaku akan buang pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau. Apakah Mukhriz sehaluan dengan Najib? Dipertikai soal RM2.6 bilion secara terbuka, padahal boleh ditanya di dalam mesyuarat MT.

Bila didedahkan kebenaran dan disahkan kerajaan Arab Saudi, tidak dapat terima pula kebenaran itu? Jika dapat terima hakikat, apakah beliau sudah meminta maaf secara terbuka setelah menjejaskan kreadibiliti Presiden parti?

Jadi Mukhriz ‘sehaluan’ dengan Najib dan tidak perlu ‘direhatkan’? Apa Tun M lupa pada ayat sendiri? Atau memang kini Tun M sendiri tergolong dari kalangan ‘Melayu Mudah Lupa’? Cukup-cukuplah menjahanamkan imej sendiri.

Sumber:http://www.mykmu.net/2016/01/mahathir-tidak-pernah-buang-gugur-sesiapa-pun-sepanjang-22-tahun/

No comments

Powered by Blogger.