:: TPPA: Senjata Peperangan Ekonomi ::


Artikel ini tidak akan menyentuh isi kandungan TPPA kerana sudah ramai yang menulis berkenaan itu. Artikel ini akan cuba menyentuh TPPA di dalam konteks geopolitik. Agenda TPPA adalah sebuah agenda untuk menjajah, mengawal masyarakat melalui sebuah sistem perdagangan dan ekonomi yang menjerat agar sekelompok kecil manusia dapat berkuasa. Inilah sebenarnya kerja-kerja dajjal di akhir zaman. Lihat kata-kata Rockefeller:

“The goal is to get everybody chipped, to control society, to have bankers and the elite control the world” Nicholas Rockefeller (to Aaron Russo, 2005)

Kerajaan pada hari ini dipimpin oleh manusia-manusia yang lebih suka hidup melutut daripada mati mempertahankan sesuatu. Ahli Politik UMNO dan Barisan Nasional tidak mencipta situasi berlaku pada hari ini, tetapi mereka mengambil kesempatan daripada kealpaan rakyat Malaysia. Namun, sedih memikirkan bahawa rakyat marhaen masih tidak peduli ataupun mengambil berat nasib negara dan masa depan generasi mendatang.

Selagimana perut terisi dengan makanan, minda yang kosong dan masa yang dipenuhi dengan hiburan yang mempersona dan melalaikan, rakyat terus tidak peduli manakala pemuja-pemuja berhala moden (duit, kuasa, wanita) bermaharajalela – sebagaimana kata-kata Rockefeller di atas. Mereka tidak perlu membeli nyawa rakyat marhaen. Mereka hanya perlu momokkan rakyat dengan sistem kepercayaan yang mengarut, pilihan-pilihan yang tiada manfaat, dan janji-janji kosong agar sekelompok kecil golongan elit boleh terus berkuasa.

Pemimpin-pemimpin UMNO/Barisan Nasional dan juga mana-mana parti politik di Malaysia yang bersetuju dengan TPPA merupakan entiti yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat di dalam penjajahan bentuk baru ini. Di dalam bukunya, James Rickard menyatakan bahawa RAND Corporation yang dibentuk pada tahun 1949 merupakan think-tank Amerika Syarikat dan menghimpunkan tenaga pemikir yang terhebat di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Antara pelopor agensi ini adalah Herman Kahn, James Schlesinger, Don Rumsfeld, Dick Cheney, Paul Wolfowitz dan sebagainya. Agensi ini bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan sebuah perancangan dominasi global dan pemeliharan keselamatan Amerika Syarikat.

Pada September 2012, sebuah mesyuarat telah diadakan untuk membentangkan kepada Andy Marshall (RAND) berkenaan Sovereign Wealth Fund, pembelian emas dan implikasi keselamatan disebabkan oleh polisi-polisi Federal Reserve Bank. Di dalam pertemuan tersebut, dimaklumkan:

“China has over $3 trillion of investments denominated in the U.S. dollars and every 10% devaluation in the dollar engineered by the Federal Reserve represents a $300 billion dollar real wealth transfer from China to the United States. It is not clear how long China will tolerate this raid on its accumulated wealth. If China were not able to defeat the United States in the air or on the sea, it could attack through … markets” James Rickards, Death of Money

Bank Persekutuan U.S. mempunyai kuasa untuk mengawal nilai dollar Amerika Syarikat. Kerana itu, setiap 10% pengurangan nilai US dollar akan menyebabkan kekayaan Negara China berpindah ke Amerika Syarikat. Ini adalah serangan ekonomi tersembunyi Amerika Syarikat terhadap China. Namun dengan pelaburan sebanyak USD3 trillion di Amerika Syarikat, China mempunyai kapasiti untuk melancarkan serangan balas ekonomi juga. Maka, Presiden Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan berikut:

“Now our enemies are also seeking the ability to sabotage our … financial institutions … We cannot look back years from now and wonder why we did nothing in the face of real threats to our security and our economy” President Barack Obama, February 12, 2013.

Ini bermakna bahawa modus peperangan tidak lagi pada persenjataan, tetapi di dalam penguasaan ekonomi dan perdagangan. Kerana itulah, kita melihat Presiden Amerika Syarikat berusaha memikat Perdana Menteri Malaysia dengan melawat Malaysia sebanyak dua kali di dalam masa dua tahun. Ini bukan kebetulan, malah ini adalah operasi penjajahan yang amat terancang.

Cukuplah untuk dikatakan bahawa pemimpin-pemimpin negara masa kini dan rakyat harus sedar bahawa TPPA adalah sebentuk penjajahan untuk memastikan kelangsungan ekonomi dan keselamatan Amerika Syarikat. Ia tidak ada kaitan dengan kemakmuran Malaysia ataupun kebajikan rakyatnya.

Sekiranya rakyat faham percaturan politik antarabangsa ini dan memahami rantaian New World Order, tidak akan timbul sebarang kesangsian bahawa TPPA adalah sebuah senjata kolonialisasi yang harus dibantah.

Saranan saya kepada kerajaan Malaysia, “Walk away while you can!”

Saranan saya kepada rakyat, “Ayuh! Jumpa di Dataran Merdeka pada 23hb Januari!”

Mohd Prasad bin Hanif
Ketua Penerangan PAS Selangor

No comments

Powered by Blogger.