News Update :

IS nyaris lancar serangan bunuh diri di ibu kota

January 16, 2016

PETALING JAYA: Seorang anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) disahkan merancang untuk melancarkan serangan berani mati di Kuala Lumpur, semalam sebelum dapat diberkas polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lelaki terbabit yang berumur 28 tahun mahu meletupkan dirinya sendiri selepas menerima arahan daripada warga asing yang juga anggota IS di Syria.

Katanya, serangan berani mati yang dirancang itu bertujuan untuk memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan supaya menghentikan operasi ke atas penangkapan anasir IS di negara ini.

“Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman berjaya memberkas empat individu yang disyaki terbabit IS dalam satu operasi khas yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Tiga daripada suspek yang ditangkap pernah ditahan pihak berkuasa Turki atas cubaan menyeludup masuk ke Syria untuk menyertai IS dan dihantar pulang negara ini, manakala seorang lagi ditahan di Ampang, semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Artikel berkaitan SEMASA

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.