MELEPASKAN NAFSU SYAHWAT DI TENGAH KOTA MANHATTAN



Banyak kali juga aku baca berita ni dan cuba baca sumber-sumber yang lain untuk mengesahkannya. Aku ingatkan lawak sahaja, rupanya memang betul! Macam tak percaya, wujud pula satu kumpulan manusia yang menerima amalan sebegini dipromosi di tengah khalayak ramai.

"GuyFi" adalah sebuah booth yang dilengkapi dengan sebuah kerusi dan komputer yg mempunyai "high speed internet" dengan bertujuan memberi "kelepasan" bagi lelaki-lelaki yang sibuk di tengah kesibukan bandar. Di tengah-tengah tempat pejalan kaki di kota Manhattan yang sibuk itu, boleh pula para lelaki memuaskan nafsu mereka di dalam booth ini.

Pada hari pertama ianya dibuka, ia telah mendapat sambutan lebih kurang 100 orang lelaki di kota tersebut!

Inilah hasil 'kebebasan' yang dicanang-canangkan. Orang yang hidup tanpa sebuah panduan yang hakiki, akan sentiasa terpinga-pinga untuk memberi definisi kepada nilai-nilai yang dipegangnya.

Kita mungkin berasa jijik dan merasa perkara ini jelas adalah kerosakan moral yang melampau. Hakikatnya ramai daripada mereka yang memperjuangkan kebebasan, melihat ini sebagai satu ekspresi kebebasan yang mutlak; semua orang berhak buat apa yang mereka mahu, tanpa sesiapa pun yang patut 'impose' nilai-nilai mereka.

Kalaulah malaysia juga berpegang kepada nilai kebebasan yang sama definisinya, maka akhirnya kita tidak akan mampu memberi definisi kepada apa itu 'moral', apakah nilai-nilai yang patut dipegang; kerana akhirnya kita tidak mampu untuk mengatakan 'tidak!' kepada kehendak manusia yang berbeza pendapat dengan kita.

Sebab itulah sesebuah masyarakat dan negara harus dibina berasaskan neraca yang betul, bukannya tunduk kepada hawa nafsu orang ramai semata-mata.

Moga-moga malaysia dipimpin oleh orang-orang yang mempunyai prinsip dan bertindak berpandukan wahyu yang tidak pernah berubah nilai-nilainya. Moga-moga kita juga dapat mengislah diri dan masyarakat, agar terdidik untuk berpegang kepada neraca yang betul dan tidak terpedaya dengan 'langkah-langkah syaitan'.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (2:208)

Sumber: http://m.nydailynews.com/new-york/manhattan/manhattan-guyfi-booth-men-relieve-stress-article-1.2499002

No comments

Powered by Blogger.