News Update :

Apa yang kita perlu tahu ttg Iceland dan Apa yang kita boleh pelajari dari Iceland

June 28, 2016



Apa yang kita perlu tahu ttg Iceland dan Apa yang kita boleh pelajari dari Iceland.

1. Iceland, sebuah negara yang besar sikit pada negeri Sabah, tapi mempunyai populasi terendah di Eropah, lebih kurang 330,000 orang, hampir sama dengan populasi di daerah Kuala Terengganu, Terengganu.

2. Dari segi iklim, majoriti sepanjang tahun, Iceland mengalami cuaca sejuk lebih dari 7 bulan dalam setahun.

3. Dari segi bola sepak, pasukan kebangsaan Iceland pernah menduduki ranking ke-131 dunia pada April 2012.

4. Perlahan-lahan ranking pasukan yang tak pernah layak ke sebarang kejohanan utama dunia ini naik sikit demi sedikit, sehinggalah mendaki ke ranking 34 dunia pada hari ini.

5. Kebangkitan pasukan bola sepak Iceland ni mula disedari oleh masyarakat bola eropah pada 2013, di mana Iceland selangkah lagi untuk layak ke Piala Dunia 2014, namun kurang bernasib baik kerana kalah di peringkat play-off kepada Crotia.

6. Semenjak itu keghairahan Iceland untuk meneroboskan diri ke kancah elit bola sepak tak pernah padam, malah makin memuncak keghairahannya ketika kelayakan Euro2016 ini.

7. Tahukah anda pasukan mana antara mangsa keghairahan Iceland di kelayakan Euro2016? Pasukan The Oranje, Belanda! Iceland menang kedua-dua perlawanan menentang Belanda tanpa dibolosi sebarang gol.

8. Dengan 6 menang, 2 seri dan 2 kalah, Iceland berpesta mencatat sejarah untuk pertama kalinya layak ke kejohanan bola sepak utama dunia.

9. Apa yang antara yang menyebabkan Iceland tiba-tiba muncul antara pencabar di benua eropah? Padahal liga utama di sana (Urvalsdeild karla) adalah liga semi-pro, takde gaji ratus ribu, takde pemain pakai kereta mewah, takde kelab mampu beli tanah di Sepanyol, tapi tak dengar berita pulak ada kelab sampai tak mampu bayar gaji pemain.

10. Tak lain tak bukan ialah pembangunan pemain muda. Apa tiga perkara yang dititik beratkan oleh Iceland Football Association (KSI) ialah pertama i) Sistem, kedua ii) jurulatih dan yang ketiga iii) ialah padang.

11. Mari kita cuba bandingkan apa yang Iceland lakukan dan apa yang sedang kita lakukan melalui NFDP sekarang.

12. Tentang sistem, rasanya sistem yang Lim Teong Kim bawa masuk sekarang amat bagus. Sistem pembangunan akar umbi yang diolah dari sistem akademi Bayern Munich. Bagi skuad utama NFDP yang berada di Bukit Jalil sekarang memeang tip top baqhang, tapi macam mana 2 team feeder di Sek Sukan Gambang dan Sek Sukan TMI, Johor? Bagaimana dengan akademi-akademi Tunas dan PLD di negeri-negeri lain?

13. Di Iceland, apabila pemain akademi menginjak ke usia remaja, kebanyakan pemain yang berkualiti biasanya akan berhijrah ke luar negara, kerana liga di Iceland hanyalah bertaraf semi-pro, tidak menawarkan gaji lumayan.

14. Ini masalah yang sedang dan bakal terus dihadapi oleh pemain berbakat di Malaysia. Lihat sajalah apa jadi dengan Nazmi Faiz, pada 2012 dia hero, dia masa depan bola negara, dia bakal mengubah landskap bola negara, tapi sekarang ni 2016 di mana Nazmi Faiz? Buat apa susah payah main di luar negara sedangkan kelab macam PKNS pun mampu bagi gaji lumayan untuk pemain muda!

15. Yang kedua ialah tentang kepakaran jurulatih. Di Iceland, KSI memudahkan proses mengambil lesen kejurulatihan di sana, dengan bantuan khas dan pengurangan yuran kursus. Sampai di satu tahap kebanyakan jurulatih di akademi Iceland mempunya lesen kejurulatihan UEFA pro-B.

16. Dan terakhir sekali, ialah kerajaan dan KSI telah meyediakan sejumlah padang bola sepak yang berkualiti untuk rakyatnya bermain bola dengan betul.

17. Menurut laporan KSI, sebanyak 179 buah padang bola sepak bersaiz standard wujud di Iceland, tidak termasuk 166 buah padang bola sepak biasa (160 outdoor dan 6 indoor). Kebanyakan padang ini telah dibina selepas tahun 2000.

18. Akademi di Malaysia? Tak payah kira NFDP la, team utama ye lah training di turf MSN Bukit Jalil, team lain? Projek Akademi Mokhtar Dahari di Gambang yang katanya bakal ada 10 biji padang pun entah bila la nak siap, padahal dah dirasmikan oleh Perdana Menteri beberapa tahun lepas.

19. Tengok ke Liga 1MCC kat Astro Arena, ya tuhan, tak tahu lah budak-budak ni main bola atas padang ke atas tanah liat, warna kuning lagi banyak dari warna hijau kalau tengok dari tv. Kesian budak, dah lah beli but copy ori, main atas tanah, mana tak melecet kaki, krem betis, lutut dislocate, bila dah serius main bola, adalah yang kena ACL di usia muda.

20. Padang-padang awam kat taman perumahan, kat kampung, hatta padang sekolah sekalipun, banyak yang teruk dari yang elok. Macam mana lah budak-budak nak belajar short pass dengan betul, sebab itulah bila stopball bola melantun, faktor padang pun main peranan. Jangan haraplah tiki-taka, kalau Messi bawa bola kat padang macam ni pun boleh tersungkur.

21. Kita boleh belajar sesuatu dari Iceland, sistem, kepakaran jurulatih dan prasarana. Setakat yang diketahui, mungkin tiga entiti sahaja yang serius tentang 3 perkara ini di Malaysia buat masa ini, iaitu pertama NFDP (bajet kerajaan = duit rakyat), kedua JDT, ketiga mungkin Frenz United. Tapi ingat, penanung JDT dah beli saham Frenz United.

22. Iceland bukan sekadar player nama son-son-son, bukan sekadar Eidur Gudjohnsen, tapi banyak yang kita boleh pelajari bagaimana mereka tiupkan roh kebangkitan bola sepak mereka sehingga mereka seghairah ini.

Majulah bola sepak untuk negara.

-Ismail Senik, penganalisis bola sepak amatur.

Artikel berkaitan SUKAN

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.