JANGAN MANJAKAN CALON BINI DENGAN KEMEWAHAN WALAUPUN KAU MAMPU
JANGAN MANJAKAN CALON BINI DENGAN KEMEWAHAN WALAUPUN KAU MAMPU.
Hidup tidak seindah CEO anak Tan Sri dan Datuk Seri yang muda-muda muka pale, skinny & pretty ala gaya Korea sikit tapi cakap serupa Bangla. Realitinya kebanyakan masih struggle nak bayar PTPTN tetapi fantasi pada kebanyakan orang ialah mereka ini sudah memandu kereta mewah siap ada supir pada umur twenty something. Saya tidak follow drama jam 7 kerana pada waktu ini saya masih biasanya di ofis. Cuma kadang-kadang terklik jugalah sharing mering anak-anak gadis kita yang flattered sangat dengan CEO muka jambu yang konon romantik.
Kita ni dah nak sama macam negara India. Cerita fantasi dengan rumah agam besar dan nak balik rumah kena pakai heli yang landing di hartanah ratusan ekar. Masuk-masuk rumah ada lelaki segak tua bergobi putih sedang tunggu di hadapan tangga perpusar yang biasa ada di hotel-hotel 5 bintang. Hakikatnya yang menonton terbuai dalam mimpi untuk melupakan sebentar bebanan hutang Bank Rakyat yang dibuat masa nak kahwin dulu, hutang PTPTN dan masalah pelaburan-pelaburan tersontot yang masih diburu dek downline.
Hari ini kita belanja besar untuk create impression. Dari butik-butik yang berlumba-lumba nak buat fashion show siapa lagi grand di hotel siapa paling mahal sedangkan jika diukur pada kemampuan sebenarnya tidak mampu. Hinggalah berhutang dan ikat perut untuk balik raya dengan kereta mewah untuk menyakitkan mata gadis yang menolak cinta kamu dulu dengan harapan "padan muka...ko menyesal" ataupun nak sedapkan hati orang tua yang nampak kita ni sukses sangat kerana dah berjaya trade in Perodua Kelisa untuk bawak keluar Honda City. Dah elok Kelisa habis hutang siap tambah komitmen hutang lagi maksimum term 9 tahun bulan-bulan bayor RM1000. Gaya punya pasal. Kenapa seksa diri sampai berhutang untuk puaskan hati orang atau buatkan orang tak puas hati?
Jauh saya pusing sebenarnya nak komen, kalau ada duit...ajak kahwin secara berhemah ikut saluran yang betul dan itulah yang lebih mengangkat kemuliaan seorang wanita. Malah itu lebih baik dari usung anak gadis orang naik limo sewa. Wanita pula, janganlah terasa bajet dihargai sangat kalau setakat kena kipas dengan duit. Kehormatan kamu ada nilaian yang lebih tinggi dari limo ride. Kepada lelaki, tak perlu lah nak benchmark sangat pada aras limo ride tu kerana semua itu atas kemampuan masing-masing. Kalau tiba-tiba lah girlfriend ko hint nak naik limo sewa...ko login Facebook ko announce lah ko dah single semula. Kat Facebook ni pun banyak gadis baik yang belum ada orang nak lagi.
Saya pernah nasihatkan orang yang paling saya kenali dan paling rapat dengan saya supaya jangan bercinta dengan menabur kemewahan kerana itu akan jadi benchmark dan persepsi threshold yang bahaya. Terkurang sedikit nanti sudah dikira terpelecok. Tapi dia kekal dengan prinsip "aku kerja kuat untuk berikan yang terbaik untuk bakal isteri aku". Betul, tapi kemampuan engkau tak sama hari ini atau besok. Mungkin besok poket kamu tidak setebal hari ini. Akhirnya selepas lebih kurang 4 tahun berkahwin, mereka bercerai juga. Expectation lari.
Semasa saya ajak isteri saya kahwin dulu, saya memang sudah kaya raya kerana masa raya pun saya kaya dan kerana kaya pun saya banyak kali raya. Saya berjumpa dengan isteri saya sekarang pun dulu tak naik limo atau tak sewa kereta pun. Kami naik turun bas sahaja dulu semasa di UK. Nak naik tren dari Cambridge ke London pun kalau naik bas boleh plan awal dapat tiket 1 pound tapi naik tren boleh kena samapi 20-30 pound. Baik aku naik bas. Kebetulan jumpa mak ayah dia pun drive Kancil...kebetulan kereta yang nampak kemas sikit depan mak mertua ni kena langgar orang di Federal. Bawalah kereta Kancil sahaja.
Takkan orang tak tanya kita sibuk nak bagitahu "Ini kereta saya yang lain, saya ada kereta lagi satu yang lagi besaarrrr". Tapi yang baik, mak dan pak mertua saya langsung tak kisah. Dia sendiripun walaupun high rank officer dalam government level-level JUSA tapi pakai kereta Toyota yang pada saya dah layak kena hukum tembak.
Senang begitu kerana aku tidak mengorat bini aku dengan expectation yang tinggi. Tetapi aku preparekan diri aku seadanya aku.
Saya tak mahu salahkan apa yang budak naik limo tu pun tapi saya takut orang ambil itu sebagai satu benchmark calon laki pilihan. Habislah golongan macam saya nanti terkeluar dari KPI list.
Sudahlah, hentikan tengok drama pukul 7 malam.
Hidup kita ini REAL bukannya MIMPI.
Lebih baik hidup dalam realiti yang pedih dari hidup dalam mimpi yang membuai.
Yang marah-marah dah boleh makan dah.
SAIFUL NANG
Tokey Limo Sewa
(siapa nak sewa boleh sewa dengan saya...saya ada limo Volvo panjang klasik zaman Marcos).
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153840692240958&id=25409635957
No comments
Post a Comment