PRK SG BESAR : BN MENANG BESAR, GST BOLEH NAIK SEHINGGA 10 PERATUS?



PRK SG BESAR : BN MENANG BESAR, GST BOLEH NAIK SEHINGGA 10 PERATUS?

SG. BESAR, 13 JUN 2016 - Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad, berkata beliau tidak hairan jika GST dinaikkan sehingga 10 peratus jika BN menang besar pada PRK Sg Besar.

Katanya jika BN menang besar mereka akan menganggap ia satu isyarat bahawa rakyat boleh menerima segala penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh mereka. Seolah-olah rakyat telah memaafkan segala tindakan-tindakan mereka.

BN juga boleh mentafsirkan sebarang kemenangan besar sebagai penerimaan rakyat terhadap polisi-polisi mereka termasuk polisi yang tidak popular seperti pelaksanaan GST.

Iskandar menjangkakan lebih banyak penyelewengan dan salahguna kuasa akan berlaku jika BN menang besar. Selain dari itu bukan sahaja GST akan diteruskan tetapi tanpa mesej yang jelas dari rakyat ia boleh dinaikkan sehingga 10 peratus seperti di Indonesia dan Vietnam.

Oleh yang demikian, katanya PRK Sg Besar dan juga PRK Kuala Kangsar amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia akan menentukan nasib rakyat selepas ini. Maka beliau menggesa para pengundi agar menolak calon BN dan memilih calon PAS kerana PAS telah terbukti sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib dan hak rakyat sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang akhbar khas di Bilik Gerakan Utama PAS di Simpang Lima, Sg Besar. Turut hadir adalah calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Ir. Haji Haslin Hassan. - Pandankini@Sg Besar

__
Layari laman Web Rasmi PRK P.093 Sungai Besar: pilihanraya.pas.org.my/sungaibesar

Like FB dan follow IG kami untuk dapatkan info lanjut berkenaan PRK Sg Besar.

FB : https://www.facebook.com/P.093SungaiBesar
IG : https://instagram.com/passelangor

#PAS
#PRKSungaiBesar
#SungaiBesar
#Selangor
#UndilahPAS
#P093大港補選
#請投伊斯蘭黨
#வாக்களியுங்கள்

No comments

Powered by Blogger.