MELETOP Mohon Maaf Pada Yuna



MeleTOP mohon maaf kepada Yuna Oleh Farhana Ab Rahman farhana@bh.com.my

PERMOHONAN maaf secara terbuka di laman Twitter @Meletop.

KUALA LUMPUR: Produksi program MeleTOP hari ini, membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Twitter @Meletop berhubung penyiaran klip parodi lagu Crush nyanyian Yuna dan penyanyi antarabangsa, Usher, Selasa lalu.

Klip yang menampilkan Jihan Muse dan Syuk Balas dalam segmen parodi itu didakwa Yuna berbaur perkauman apabila pelawak itu menghitamkan wajahnya untuk menyerupai Usher.

"MeleTOP ingin memohon maaf di atas siaran 'Parodi Meletop', baru-baru ini mengenai klip video lagu Crush dendangan Yuna dan Usher yang disiarkan pada 2 Ogos lalu ketika siaran langsung MeleTOP pada jam 9 malam.

"Sekali lagi, kami pihak kru dan warga kerja MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video terbabit," kata produksi program itu.

Terdahulu, Yuna meluahkan kekesalannya atas penyiaran video parodi berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak sensitif dan boleh memusnahkan perjalanan kerjaya seninya di Amerika Syarikat (AS).

Yuna yang kini mengembangkan bakatnya di AS berkata, tidak wajar isu perkauman dipersendakan terutama menerusi laman sosial yang boleh diikuti oleh masyarakat seluruh dunia.

Yuna yang bernaung di bawah label muzik antarabangsa, Verve Records dan menerbitkan tiga buah album studio berbahasa Inggeris, Decorate EP (2011), Yuna (2012) dan Nocturnal (2013).

Jalinan kerjasamanya dengan Usher menerusi Crush yang turut dimuatkan dalam album ketiganya yang berjudul Chapters menjadi bualan peminat apabila memasuki carta utama di negara itu.

No comments

Powered by Blogger.