News Update :

Mourinho julang piala pertama di United

August 8, 2016



ISNIN, 8 OGOS 2016 - 1:06AM

LONDON: Ujian pertama Jose Mourinho lulus selepas Manchester United merangkul Piala Perisai Komuniti buat kali ke-21 dengan menewaskan Leicester City 2-1 di Stadium Wembley, sebentar tadi.

United sebelum ini muncul juara sebanyak 20 kali termasuk empat berkongsi kejuaraan dan kali terakhir Red Devils merangkul piala berkenaan pada 2013.

Keputusan itu sekali gus meleburkan harapan Leicester City merangkul satu lagi piala selepas melakar sejarah muncul juara Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

United terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Jesse Lingard pada minit ke-32 sebelum Jamie Vardy menyamakan kedudukan tujuh minit selepas bersambung babak kedua.

Ketika aksi tampak diheret ke penentuan sepakan penalti, sentuhan emas Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-82 memberi kegembiraan kepada pengurus baharu, Mourinho selepas bintang Sweden itu menanduk masuk bola hantaran Antonio Valencia. - AGENSI

Artikel berkaitan SUKAN

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.