NASIHAT BUAT DA'I DAN SEUMPAMANYA



Saya dari awal rancangan Da'i saya sudah nampak keburukan dan bahananya pada agama. Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan rancangan itu hanya rancangan hiburan yang bertopengkan agama. Itulah realitinya.

Dulu saya pernah menegur rancangan ini yang melibatkan lelaki dan perempuan yang bukan Mahram,Lagi pula bermesra berlebihan, Ikhtilat dan batasan tidak di hiraukan dan bercampur antara Da'i lelaki dan perempuan. Ini bukan cara islam.

Sudah saya katakan agama tidak terbit daripada rancangan 'Ala Islamik' begitu. Bahkan ramai Ulama yang melarang rancangan sedemikian rupa. Di antaranya ialah Syeikh Nuruddin Al-Banjari yang tegas melarang rancangan sebegitu.

Saya lihat kebanyakan yang masuk rancangan itu umur belasan tahun dan awal 20-an,Kalau dinisbah dengan ilmu mungkin masih tidak cukup untuk berdakwah di tengah masyarakat. Sepatutnya umur muda teruskan menuntut Ilmu dulu.

Syarat kemasukan rancangan ini pun tidak ada tapis Ilmu melainkan hanya yang pandai berbicara dan pandai "Mengayat" terutama perempuan. Dengan kata kata manis mulut kononya atas nama nasihat agama tapi ayat itu penuh dgn maksiat.

Sepatutnya syarat kemasukan test mereka supaya baca dan hurai Kitab jawi dan arab. bukan test mereka dengan ayat puitis manis di mulut sahaja. Hari itu saya terlihat uji bakat rancangan itu. juri test tanya syarat sah solat pun tak tahu.

Hari ini terbukti ada Dae'i yang berpuitis di laman sosial dengan ayat yang agak keterlaluan dan menghilangkan Tsiqah orang ugama. Kononya ingin menasihat artis, saya lihat itu bukan nasihat tapi lebih kepada "Mengorat", ia bertopengkan ugama demi mencari populariti.

Benarlah kata Syeikh Zainal Abidin Al-Fathoni dalam Kitabnya Aqidatun Najin, Katanya disebabkan Ulama sangat mulia di sisi Allah, Maka ramai orang jahil hari ini mendakwa diri mereka itu Alim" padahal pada hakikatnya ia jahil.

Ulama' manusia mengangkat mereka kerana kealimannya. Akan tetapi orang jahil mengangkat diri sendiri kerana ingin mencari kemasyhuran dan populariti dimata manusia jahil. Ulama makin berkurang dan Da'i yang merapu makin bertambah.

Guru selalu pesan, kita belajar agama ni jangan cari kemasyhuran, jangan nak disanjung dan jangan cari habuan dunia dengan ugama.

Nasihat saya, ayuhlah kita sama-sama belajar. InsyaAllah, bila Alim orang akan angkat kita dengan sendirinya. Jangan kita mengangkat diri sendiri.

Hafiz Adnan
Tok Faqir Pondok

No comments

Powered by Blogger.