IMAMS! SISTEM CACAMARBA



Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams)

INI TIMBALAN PERDANA MENTERI KATA:

Kabinet tidak dimaklumkan Imams akan dikendalikan syarikat swasta bagi menangani unsur penipuan dalam tawaran pakej umrah.

Mereka hanya dimaklumkan mengenai sistem yang akan menguruskan syarikat-syarikat pengendalian pakej umrah di seluruh negara itu perlu didaftarkan dan mengikut peraturan tertentu untuk mengelak bakal jemaah umrah tertipu

" Saya menghidu bau yang kurang mengenakkan hidung. Jika ada yang mengambil peluang terutama apabila CEO yang tidak pernah mengerjakan umrah untuk menjadi CEO (sistem pelaksanaan umrah) dan saya fikir kaedah ini tidak sepatutnya berlaku,” - ZAHID

INI MENTERI PULAK KATA:

Perkara itu berlaku apabila ada pihak dalam kementerian yang salah faham de­ngan hasrat serta apa yang beliau mahu laksanakan.

Ketika menggulung bajet kementerian di Parlimen, beliau be­ritahu untuk melaksanakan sistem tersebut sepatutnya RM40, termasuklah pemprosesan dan insurans.

“Sistem itu juga bukanlah wajib, tetapi adalah secara pilihan memandangkan dilaksanakan oleh pihak swasta. Oleh itu, sesiapa yang ingin gunakan sistem berkenaan, perlu bayar RM40, kalau tidak mahu guna, tidak perlu bayar,” - NAZRI

INI TIMBALAN MENTERI KATA:

Beluau mengaku tidak tahu menahu bahawa syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan permohonan visa jemaah umrah sebenarnya syarikat kendalian bukan Muslim.

Beliau yang dikritik teruk MENANGIS pada sidang media mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem itu, sehari selepas ia dikuatkuasakan.

“Maklumat yang diberikan pada saya tidak ada. Saya dapat surat (mengenai syarikat itu) petang. Selepas sidang media, saya tanya lagi pegawai saya," - MAS ERMIEYATI

INI AKU LAK KATA:

Caca marba!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155937352458050&id=821928049

No comments

Powered by Blogger.