KENYATAAN MEDIA ECK DEVELOPMENT SDN. BHD. BERHUBUNG ISU KEDUDUKAN PRESIDEN KFA



KENYATAAN MEDIA
ECK DEVELOPMENT SDN. BHD. BERHUBUNG ISU KEDUDUKAN PRESIDEN KFA

1. Saya telah memerhati dengan teliti perkembangan dalam Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA) sejak syarikat ECK Development Sdn Bhd menjadi penaja utama skuad Lang Merah pada tahun ini. Saya amat mengambil berat tentang apa-apa yang berlaku kepada skuad berkenaan sehingga saya menganggap bola sepak Kedah sebagai satu lagi “passion” dalam kehidupan saya.

2. Apabila timbulnya isu sorakan negatif semasa perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2017 mahupun desakan supaya YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah melepaskan jawatan selaku Presiden KFA saya menjadi amat terguris.

3. Saya amat kecewa perkara itu berlaku terhadap YAB Menteri Besar Kedah yang saya kenali sangat sayang pasukan Lang Merah dan beliau tidak pernah jemu memberi sokongan sepenuh hati terhadap pasukan hijau kuning itu. Sepanjang berkomunikasi dengan YAB Menteri Besar Kedah, saya tahu jiwa raganya sepenuh hati terhadap pasukan.

4. Apabila berlaku senario negatif pada pertandingan akhir TM Piala Malaysia dan timbul desakan supaya beliau melepaskan jawatan dalam KFA, jauh dalam hati, saya menyatakan bahawa “tidak sama sekali YAB Menteri Besar Kedah harus melepaskan jawatan”.

5. Maka dengan itu saya dengan tegas dan selaku penaja utama KFA menyatakan bahawa saya meminta dengan sepenuh hati agar YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah terus kekal sebagai Presiden KFA. Tiada individu lain yang lebih layak menduduki jawatan berkenaan melainkan beliau.

6. YAB Menteri Besar Kedah telah menjalankan tugasnya selaku Presiden KFA dengan cermerlang, dengan pengurusan berjalan lancar dan kebajikan pemain sentiasa diambil perhatian. Beliau juga telah memastikan pengurusan pasukan berada dalam kedudukan yang amat baik. Beliau juga telah berusaha mencari penaja bagi memastikan kewangan pasukan tidak terganggu. Inilah seorang pemimpin yang diperlukan dalam menerajui persatuan bola sepak supaya semangat pengurusan dan pemain berada pada tahap tertinggi.

7. Jangan kita lupa bahawa beliau juga mempunyai perancangan yang jelas dalam membangunkan bola sepak Kedah dengan mewujudkan barisan pelapis serta melaksanakan Akademi Dato Ahmad Basri (ADAB), yang mencungkil dan mengilap bakat dikalangan anak muda.

8. Ingin saya makmlumkan di sini satu sifat keterbukaan dan berlapang dada YAB Menteri Besar dalam menerima idea-idea baru dalam pembangunan bola sepak negeri.

9. Semasa saya mencadangkan agar Kedah melantik Ramon Marcote sebagai jurulatih utama, dengan memberi keyakinan bahawa corak latihan jurulatih itu sesuai untuk pemain Kedah dan beliau mendapat reaksi positif dan sokongan padu peminat dan penyokong pasukan Kedah, YAB Menteri Besar Kedah telah menyatakan kesediaan beliau untuk mempertimbangkan usul tersebut dengan serius.

10. Sekarang terbukti janji beliau ditunaikan apabila Ramon Marcote dilantik sebagai jurulatih.

11. Di sudut lain, selaku penaja utama ECK Development Sdn Bhd ingin menyatakan bahawa keterujaan kami dapat menaja pasukan bolasepak Kedah dan pada masa yang sama berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan seorang pemimpin KFA yang hebat, yang menghormati semua pihak dan sentiasa bersedia berbincang demi kepentingan pasukan.

12. Penaja memerlukan sebuah pasukan dan pengurusan yang baik supaya penajaan dibelanjakan sebaiknya. Sekiranya YAB berhasrat melepaskan jawatan Presiden KFA, ECK Development Sdn Bhd juga akan membuat pertimbangan semula untuk meneruskan sumbangan dana pada KFA.

13. Harapan kami YAB Menteri Besar Kedah terus menerajui KFA kerana kejayaan yang lebih hebat menanti untuk diraih pasukan Kedah.

Puan Seri Ginney Chew
Pengarah
ECK Development Sdn Bhd
18 Disember 2017

No comments

Powered by Blogger.