Mathurai Veeran Bukan Kuil Sebaliknya Pusat Pemujaan Nombor Ekor
SHAH ALAM 27 Okt. -
Struktur Mathurai Veeran di Dun Seri Setia yang diwar-warkan sebagai sebuah rumah ibadat penganut agama Hindu sebenarnya bukanlah sebuah kuil, sebaliknya tempat pemujaan peminat nombor-nombor ekor.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tinjauan mendapati tuduhan pihak tertentu bahawa kerajaan negeri telah merobohkan sebuah kuil di Jalan Glenmarie, Shah Alam itu adalah tidak berasas sama-sekali.
Peranan struktur itu sebagai tempat pemujaan kaki-kaki judi disahkan sendiri oleh penduduk di kawasan terbabit.
“Nyata sekali kerajaan negeri Selangor merobohkan kuil Hindu itu sebenarnya tidak berasas sama sekali dan ini saya rasa hakikat yang perlu dijelaskan. Saya sendiri berhubung dengan penduduk India disana dan mereka memang tidak ada masalah, kerana mereka tahu tempat itu bukan kuil Hindu. Cuma mungkin diluar orang membaca akhbar atau mendengar cerita dari sumber-sumber lain merasakan keadaan yang teruk berlaku serta merasakan kuil hindu diancam, hakikatnya ianyatidak benar sama sekali,”katanya.
“Sebenarnya isu ini kita telah jelaskan bagaimana kuil yang didakwa di Persiaran Kerjaya ini sebenarnya sebuah tokong Datuk yang digunakan oleh orang-orang tertentu untuk memuja dan sebagainya untuk mendapatkan nombor ekor dan berbagai lagilah.Sebenarnya ia bukanlah sebuah kuil hindu seperti yang digambarkan oleh Samy Valley , dan mereka ini mendirikan bangunan atas tanah orang tanpa kebenaran dan telah diberikan notis sejak bulan Febuari lagi untuk memindahkan binaan-binaan mereka,”jelasnya.
Nik Nazmi turut menyatakan bahawa pihak MBSA telah memberikan satu tempoh bagi urusan pemindahan bangunan tersebut.
‘Mereka meminta satu bulan bagi tempoh untuk proses pemindahan tersebut dan MBSA telah memberikan tempoh 8 bulan sebenarnya sehingga MBSA mengambil tindakan merobohkan,”katanya.

No comments
Post a Comment