MEMANG ADA CILI YANG TIDAK PEDAS

DiNegeri Sembilan masakan yang paling popular ialah Masak Lemak Pedas menggunakan Cili Api. Bagi membuktikan kebenaran perkara ini sehingga ada satu tempat dinamakan Pedas. Saya juga pernah berkursus diSekolah Latihan Kesihatan Rembau disekitar awal 1969 dan saya memperakukan yang masakan Gulai Lemak Cili Api ini memang “Best” walaupun kegemaran saya tetap Gulai Tempoyak.

Bercakap mengenai jenis-jenis Cili (cabai) memang ada cili yang pedas, kurang pedas dan merah menyala tetapi langsung ta` pedas. Walau macam manapun sekiranya kita hendak mengesahkan sesuatu kesalahan kita akan berkata “Siapa Makan Cili Dialah Yang Merasa Pedasnya”

Saya hendak kaitkan kisah ini dengan apa yang diluahkan oleh Datuk Mohamad Aziz Sri Gading diParlimen semalam. Melalui laporan diAkhbar dan juga ulasan didalam Blog Detikdaily dua Menteri Kabinet dimintanya meletak jawatan. Saya tidak nampak cacat celanya kedua-dua watak tersebut. Sebagai Ahli Jemaah (Kabinet) mereka melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh jika Ong Tee Keat tidak membuat kerjanya ta` mungkin skandal PKFZ kini “box office”. Bagi Presiden GERAKAN pula beliau baru saja berada disitu. Jika tugasan yang perlu beliau pikul sesuatu yang mudah tidak perlulah Perdana Menteri melantik seorang lagi Menteri bertanggungjawab kepada KPI.

Sebagai rakan dalam BN pula Sri Gading sepatutnya mengambil tahu akan kandungan Perlembagaan MCA. Oleh kerana keputusan Undian hanya “simple majority” maka jawatan Presiden tersebut tidak terbatal secara otomatis. Berpandukan kepada perkembangan terkini usaha-usaha “berkompromi” yang telah dibuat antara Ong dan Chua ini dilihat boleh menjernihkan kembali perpaduan ahli. Sebagai Wakil Rakyat, Sri Gading sepatutnya menggunakan masa yang diberi untuk meluahkan masaalah rakyat. Sebagai contoh Peraturan yang mewajibkan kenderaan berumur lebih 15 tahun dibawa kePuspakom sebelum boleh diperbaharui Cukai Jalan mulai tahun depan patut ditentang oleh wakil-wakil rakyat kerana ia boleh menyulitkan keadaan. Bukan semua kenderaan lama tidak “road worthy” dan bukan semua yang baru itu tiada cacat cela. Tengok saja Jambatan Gantung Kuala Dipang yang runtoh sedangkan baru dua minggu dibina.

Saya bersetuju benar publisiti yang meluas ini diberi kepada Sri Gading. Oleh kerana terlalu kurang mendapat liputan media saya pun terkejut bila mendapat tahu yang beliau telah tiga ( 3 ) Penggal menjadi Wakil Rakyat dan sebelum ini juga beliau pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri. Hanya jawatan Menteri Kabinet sahaja yang belum. Bagi menutup cerita ini biarlah cili memainkan peranan yang sepatut baginya. Jangan terikut-ikut orang dulu-dulu, menghukum anakpun guna cili.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.