Bajet Kelantan, Bajet Berkebajikan!
Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan Bajet Kelantan 2010 yang bertemakan 'Bajet Memacu Dalam Hemat' sebagai suatu bajet berkebajikan yang lahir dari cetusan pimpinan yang beriman dan bertakwa.
Ianya dapat digambarkan dengan pembelaan kepada gologan daif, miskin, OKU, armalah dan warga emas yang turut diperuntukkan dalam bajet ini.
Naib Ketuanya, Hisyam Fauzi dalam kenyataan medianya berkata, Pemuda PAS Negeri melahirkan rasa bangga di atas keperihatinan itu apa lagi dalam suasana kegawatan ekonomi namun kerajaan negeri masih mengekalkan dasar kebajikannya untuk semua mereka yang memerlukan.
"Antara contohnya RM2juta masing-masing untuk untuk armalah dan danak yatim, RM5juta pula untuk Skim perlindungan social Tengku Anis(Kifaalah) dan RM4.7juta bagi program membaiki rumah uzur melalui skim bantuan Rumah Dhuafat.
"Langkah-langkah yang jelas menunjukkan keperihatinan terhadap golongan dhaif amat terpuji dan Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa bangga dan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen itu,"ujarnya lagi.
Pada masa yang sama beliau turut membidas pihak tertentu yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri yang dianggap gagal dalam mentadbir walaupun peningkatan hasil 2010 dijangka meningkat kepada 387.38juta berbanding 2009.
Menurutnya, penafian dan tomahan tersebut jauh terpesong dari landasan sebenar kerana jika Kelantan mundur, bagaimana perolehan hasil setiap tahun bertambah.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda turut menyelar kenyataan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang menganggap baje Kelantan 2010 sebagai sebuah bajet ala kadar kerana mengalami deficit.
Menurutnya, bajet deficit bukan sahaja berlaku di Kelantan sebaliknya mana-mana negeri termasuk di peringkat Parlimen juga.
"Sekiranya menganggap bajet Kelantan bajet ala kadar, berani kah Ketua Pembangkang mendakwa bajet Parlimen serta negeri-negeri lain juga bajet ala kadar?"soalnya.
Pada masa yang sama, Dewan Pemuda itu mencabar Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Pusat menyerahkan royalti pada kerajaan negeri sekiranya mereka tidak ingin melihat belanjawan kerajaan Kelantan defist pada masa akan datang.
"Kita jgua berharap Pergerakan Pemuda Umno Kelantan turut bersuara serta menyokong bersama kita supaya Kerajaan Pusat menyerahkan royalti pada kerajaan negeri demi untuk kebaikan rakyat keseluruhannya,"ujarnya lagi._

No comments
Post a Comment