Kerajaan Selangor Sambut Baik Teguran TPM
Shah Alam , 27 Oktober 2009 - Kerajaan Selangor mengalu-alukan kritikan membina dari rakyat dan parti pembangkang Umno-BN bagi meningkatkan lagi prestasi urustadbir negeri.
Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata rakyat Selangor berhak kepada sebuah kerajaan yang mantap, demikian itu proses pembaharuan dan penambahbaikan adalah satu proses yang berterusan.
“Kita boleh belajar dari semua pihak, tetapi saya rasa masih ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki. Secara umumnya dari segi pelaburan,dari segi menjaga kebajikan rakyat, serta dari segi memacu ekonomi kita jauh lebih baik dan ini telah di sahkan melalui pungutan suara yang dibuat oleh kalangan rakyat di negeri Selangor .Maklum sahajalah tidaksemua perkara dapat dibuat dan dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin.Kita mesti ada sifat tawaduk untuk belajar dari mana-mana pihak, tidak kiralah daripada mana jua pendapat itu dan ini tidak menjadi masalah,”Jelasnya.
Nik Nazmi berkata demikian kepada TvSelangor ketika ditemubual melalui perbualan telefon, hari ini.
Beliau berkat demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin bahawa kerajaan Selangor tidak diurustadbir dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam sebuah akhbar tempatan hari ini.
“Tetapi pada masa yang sama kerajaan persekutuan juga perlu meneliti bagaimana selama 52 tahun ini Umno-BN memerintah negeri Selangor masih terdapat banyak perkara yang tidak dapat diatasi sebagaimana yang Pakatan Rakyat atasi hari ini,”katanya.
Menurut Nik Nazmi lagi sungguhpun BN telah mentadbir negeri Selangor lebih 50 tahun, namun masih terdapat banyak perkara yang belum dapat diatasi.
“Semua pihak harus belajar, harus tawaduk mengakui kita semua ada kelemahan tetapi kejayaan yang kita kecapi juga harus di ikhtiraf,”jelasnya.

No comments
Post a Comment