Hadi: ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’
Oleh G Manimaran, Latifah Kasmuri dan Zulaikha Zulkifli
GOMBAK, 4 Jun – PAS tidak akan mengalami perubahan dasar sebaliknya hanya akan mengubahsuai strategi sesuai dengan keputusan pemilihan kali ini yang menyaksikan kemenangan besar calon barisan profesional, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Sekali lagi, dasar tidak berubah tetapi strategi yang kita ubah,” kata Presiden PAS pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini.
Hasil pemilihan semalam, PAS menerima timbalan presiden yang baru iaitu Mohamad Sabu manakala Datuk Paduka Husam Musa pula kembali sebagai naib presiden manakala Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi naib presiden masing-masing.
Selain Mohamad Sabu, Salahuddin, Mahfuz dan Husam, seramai 12 daripada 18 ahli jawatankuasa kerja pusat PAS yang baru dilihat daripada kalangan kumpulan profesional.
Hadi menambah, walaupun ada beza pandangan dalam penentuan calon, tetapi tetap menghormati keputusan perwakilan kali ini.
“(Saya) terima apa sahaja keputusan dan hadapi untuk pilihan nanti, kepimpinan kali ini terdiri daripda pelbagai latar belakang, AJK pusat wakili semua pihak,” kata beliau yang telah mempertahankan jawatannya tanpa saingan.
Mengenai komposisi barisan yang memihak kepada kumpulan profesional, Hadi menjelaskan, ia bukan benda baru dan “PAS memimpin secara kolektif.”
Hadi juga berkata, keputusan yang diumumkan pagi tadi menunjukkan kematangan ahli-ahli dan perwakilan dalam memilih pemimpin-pemimpin untuk berada di saf hadapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“PAS adalah parti berpengalaman, parti tertua. PAS juga pernah jadi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan menghadapi cabaran di peringkat negeri,” katanya.
Sehubungan itu Hadi juga berkata, bukan pemimpin-pemimpin politik yang membuat perubahan tetapi para perwakilan manakala “matlamat, acuan tetap sama dan tidak akan berubah.”
“Perubahan pucuk pimpinan, biasalah... sama macam alih perabot rumah,” katanya lagi.
Menjawab soalan timbalannya bukan seorang ulama, Hadi memberitahu, ia bukan satu masalah kerana kerajaan Uthmaniyah juga bukan daripada kalangan ulama.
“Ulama ini sebenarnya bermaksud orang berilmu termasuk dalam pelbagai bidang... contoh Ibn Khaldun, beliau seorang yang berilmu dalam bidang agama dan sosiologi. Sekarang ini susah nak cari pemimpin yang tahu dalam semua bidang, jadi PAS buat pimpinan secara kolektif,” katanya.
Berkenaan dakwaan bahawa calon-calon yang pro-Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kali ini, Hadi juga mengetepikan tanggapan sedemikian.
“Tidak, pemimpin dipilih untuk, kerana kita mahu pemimpin yang rapat dengan NGO, rapat dengan semua pihak,” katanya yang turut menolak tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin pusat kali ini dilihat sebagai golongan agresif.
“Kita ikut suasana,” kata Hadi yang turut memberi jaminan bahawa calon yang tidak terpilih, tetap sama membantu pimpinan yang lain.
“Saya akan melantik AJK baru, enam orang tapi itu semua kena tunggu dahulu.
“Saya tidak guna kuasa mutlak, dulu bila Mat Sabu (Mohamad) kalah, dia tetap jadi AJK pusat,” katanya lagi.

1 comment
Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan...... Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.
Post a Comment