Najib Turun Demo Bersih?

Kit Siang ajak tadbiran Najib sokong Bersih 2.0

Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 21 Jun — Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini meminta pentadbiran Najib memberikan sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan bulan depan.

Selain itu, Lim juga menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memudahkan penganjur Himpunan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan terbesar itu 9 Julai ini dengan aman.

“Saya mahu mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet dan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk menyokong inisiatif yang dilakukan kumpulan hak sivil menuntut pilihan raya adil dan bersih.

“Mari jadikan 9 Julai sebagai hari bersejarah untuk meraikan sambutan 54 tahun demokrasi berparlimen yang melibatkan semua parti politik, kerajaan dan pembangkang bersama-sama dengan kumpulan hak sivil, mari semua bersama berkumpul demi perubahan dalam sistem demokrasi negara – terlalu banyak penyelewengan dalam sistem pilihan raya yang gagal membawa prinsip ‘satu orang, saya undi, satu nilai’; bersih, bebas dan adil, yang tidak dilaksanan kerajaan yang dipilih yang mengeluarkan arahan, tidak dapat dipertikaikan demi kuasa,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Lim menambah bahawa penglibatan Najib dan menteri Kabinet akan membantu “mengusir” ancaman yang dilakukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kepada komuniti Cina.

Pada Ahad lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

“Ini adalah satu ugutan yang mengerikan, oleh itu beliau harus dipenjarankan tanpa banyak soal,” kata Lim.

Beliau turut menyalahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana gagal mengambil tindakan terhadap pemimpin membela hak Melayu itu dan menambah kegagalan parti komponen BN yang lain menggambarkan mereka menyokong apa yang dilakukan Ibrahim.

“Adakah mesyuarat Kabinet hari ini akan mengkritik Menteri Dalam Negeri yang gagal mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali yang mengeluarkan kenyataan begitu, menghasut dengan ancaman 13 Mei?” soalnya.

Ditanya sama ada beliau bersetuju agar Himpunan Bersih 2.0 dibatalkan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan pilihan raya adil dan bersih, Lim menegaskan ia tidak mungkin akan berlaku.

“Kita akan lihat jika ia berlaku,” katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.