Status Tian Chua: BBCBN serah kepada Speaker, Nazri
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 14 Jun — Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Seri Nazri Aziz sama ada mahu membenarkan usul membahaskan status wakil rakyat Batu Chua Tian Chang yang telah disabitkan oleh mahkamah berhubung kesalahan menggigit anggota polis.
Terdahulu, ahli-ahli Parlimen BN memutuskan untuk menggerakkan usul berkaitan status Chua di Parlimen dengan menegaskan wakil rakyat PKR itu sudah tidak layak menjadi wakil rakyat.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu The Malaysian Insider, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama pemimpin BN semalam.
Bagaimanapun Bung Moktar berkata Ahli Parlimen BN tidak akan terus “menekan” isu itu selepas bertemu dengan Pandikar.
“Kami memutuskan bahawa Speaker Dewan Rakyat dan Nazri selaku menteri yang bertanggungjawab di Parlimen untuk membuat keputusan.
“Jadi kami akan biarkan Nazri uruskan perkara ini, apa yang beliau katakan atau lakukan adalah pendirian kami,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan ini kepada The Malaysian Insider.
Nazri sebelum itu menegaskan beliau membantah cadangan membahaskan usul status Chua di Parlimen sambil menambah akan berusaha untuk menggunakan apa sahaja cara menghentikan usaha itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tiada wakil rakyat yang layak untuk menentukan perkara itu dan menegaskan hanya Speaker boleh buat keputusan.
Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.
Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.
Nazri menambah keputusan Mahkamah Tinggi perlu mengambil kira dalam perkara itu.
“Jika anda mengambil kira keputusan mahkamah, denda Tian Chua dikurangkan kerana tidak mahu beliau hilang kelayakan.
“Juga selepas tiga tahun, sudah tidak ada lagi pilihan raya kecil. Jika kami gugurkan kelayakan beliau, anda akan menafikan hak penduduk Batu untuk diwakili... sebab itu saya membantah sebarang cadangan menafikan hak Tian Chua,” katanya.

No comments
Post a Comment