Umno dakwa Himpunan Bersih cetus huru-hara
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Umno membantah sekeras-kerasnya Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini atas alasan ia akan menimbulkan keadaan huru-hara dan menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara.
Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata, perhimpunan itu sebenarnya bukan bertujuan memperjuangkan isu mengenai pilihan raya seperti yang dilaungkan oleh penganjurnya.
“Penganjuran perhimpunan ini jelas berniat jahat dan akibatnya orang ramai seperti peniaga, penjaja dan pemandu teksi yang akan menjadi mangsa,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman dan anggota-anggota Pekida Wilayah Persekutuan untuk membincangkan mengenai perhimpunan itu.
Dipetik Bernama Online, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata dalam perbincangan itu Pekida telah sebulat suara membantah perhimpunan itu.
“Kalau setakat hendak mengemukakan memorandum mengenai pilihan raya yang bersih dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, pihak penganjur boleh melantik wakil untuk melakukannya dan bukan mengheret orang ramai dalam demonstrasi jalanan itu,” katanya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua baru-baru ini dilaporkan berkata 60,000 orang akan terlibat dalam perhimpunan itu bagi menuntut kerajaan membuat perubahan pada sistem undi pos dan menggunakan dakwat kekal semasa pilihan raya.
Ahmad mencadangkan supaya lebih banyak NGO membuat laporan polis membantah perhimpunan itu bagi memberi tekanan kepada penganjur membatalkan hasrat mereka.
Katanya, 23 NGO telah menemui beliau dan memberitahu bahawa mereka membantah perhimpunan itu kerana ia akan menyusahkan semua pihak.

No comments
Post a Comment