Bersih 2.0: Hishammuddin janji siasat ugutan bunuh Ambiga

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA UMPUR, 23 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis akan menyiasat ugutan bunuh yang diterima Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa anggota pertubuhan kerajaan itu.

Hishammuddin berkata ugutan sedemikian sangat serius mengambil kira persekitaran semasa — menjelang penganjuran Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.

“Saya akan ke Bukit Aman dengan segera selepas ini dan akan meminta polis memastikan bahawa SMS yang disebarkan dan dari mana datangnya (SMS itu) bukan satu ugutan.

“Banyak perkara dihantar menerusi SMS. Saya juga menerima ugutan bunuh tetapi dalam keadaan Bersih, kita kena ambil ugutan khusus ini dengan lebih serius,” kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam menerima ugutan menerusi teks mesej yang turut dihantar kepada pemberita pagi ini dan juga kepada beberapa anggota Bersih 2.0.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.