Perhimpunan Ketua Pemuda Beruk Jalanan Pun Haram

Himpunan Pemuda Umno pun haram, kata Hishamuddin

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekali menegaskan mana-mana perhimpunan tanpa permit dianggap haram termasuk protes yang dirancang oleh Pemuda Umno untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini untuk “memperkukuh sistem demokrasi”.

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas turut diadakan pada hari sama.

Selain itu, Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin, bekas ketua Pemuda Umno berkata, keputusan sayap pemuda parti Melayu itu tidak mewakili keseluruhan pendirian parti.

“Bila ia tiba tidak kisah sama ada saya bekas ketua Pemuda atau tidak. Mereka harus berdepan dengan akibat daripada tindakan itu... dan ia semata-mata pendirian Pemuda,” kata Naib Presiden Umno kepada pemberita.

“Mereka akan berdepan dengan polis. Saya berharap mereka melakukan perkara sama. Kami melihat ia dari sudut yang sah dan tiada sesiapa yang akan terlepas dari undang-undang,” tambah beliau.

Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan itu akan bertembung pada hari dan berarak ke Istana Negara.

Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan Bersih 2.0 dan Perkasa.

Pakatan Raktyat dan aktivis parti telah bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0, yang mana ia pertama kali diadakan pada 2007 dan dilaporkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, polis telah menyuraikan perhimpunan itu dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air.

PAS berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta tahun ini dan berharap sokongan kepada Pakatan Rakyat pada piliha raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.