Mengapa perlu bimbang dengan perubahan
Oleh Abd Shukur Harun
Tidak syak lagi para penyokong perjuangan PAS meletakkan harapan tinggi kepada para perwakilan PAS dalam Muktamar
parti itu yang ke-57 .Harapan mereka ialah supaya para perwakilan yang akan berucap dan seterusnya memilih pucuk pimpinan menghantar isyarat jelas bahawa PAS memerlukan perubahan untuk menghadapi cabaran, terutama menjelang PRU ke-13 nanti
Dalam masa yang sama, rakyat prihatin juga memberikan perhatian sangat serius akan perjalanan, ucapan dan resolusi yang diambil PAS dalam muktamaranya kali ini. Justeru kerana begitu ramai yang menaruh harapan bahawa PAS akan menyerlahkan peranannya yang penting dalam mencorakkan strategi dan keupayaannya dalam Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-13 nanti. DAP sudahpun berusaha memperkukuh pengaruhnya di kalangan rakyat, khususnya di kalangan bukan Islam, sementara PKR juga sudahpun berjaya melepasi krisis dalamannya dan sekarang ini sedang memperkukuh kedudukannya.
Dengan disaksikan oleh ribuan pemerhati dan ratusan wartawan dalam dan luar negeri, Muktamar kali ini sangat penting untuk dilihat apakah PAS yang sudah berumur lebih setengah abad itu mempunyai kemampuan melakukan perubahan sesuai dengan masa dan keadaan bagi menghadapi cabaran yang demikian sengit.
Tidak perlu ada sebarang ketakutan atau kebimbangan dengan apa yang dimaksudkan tuntutan perubahan dengan segala konotasinya, justeru semua perkara berubah kerana ia sunnahtullah. Demikian juga PAS yang telah berusia lebih setengah abad dengan sejarahnya yang panjang – dari pimpinan dahulu hingga kepimpinan sekarang - ditandai oleh pelbagai perubahan – sesuai dengan keadaan dan zamannya.
Bukankah Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah menegaskan dalam Ucapan Dasarnya dulu, “bahawa PAS memerlukan perubahan dan mempastikan sentiasa dalam proses perubahan, seperti air yang mengalir dari gunung ke bukit dan seterusnya ke sungai, ia mengalir dan bersih serta boleh dimanfaatkan.”
Tetapi air yang bertakung, tidak mengalir dan tidak berubah, katanya, adalah kotor dan tidak boleh digunakan kerana ia memudaratkan.
Analogi ini wajar difahami oleh warga PAS, khususnya para perwakilan yang akan menentukan arus perjalanan PAS, sama ada ia menghantar isyarat yang jelas untuk melakukan perubahan atau sebaliknya.
Perubahan yang dimaksudkan di sini bukan sekedar melihat kepada tokoh yang menang atau yang kalah dalam pertandingan pucuk pimpinan nanti, tetapi lebih kepada isyarat yang dipancarkan dalam Muktamar itu sendiri, seperti nada ucapan para pimpinan, ucapan perbahasan, usul-usul dan seterusnya resolusi yang diputuskan. Ini semua menjadi perhatian banyak pihak yang melihat dari pelbagai sudut.
Oleh itu tidak ada apa yang dikhuatirkan terhadap tuntutan perubahan, justeru mereka yang menghendaki perubahan itu, saya yakin, datang dari mereka yang ikhlas dan benar-benar ingin melihat PAS gagah perkasa sesuai dengan usia, pengalaman dan falsafah perjuangannya.
Tidak ada pihak yang rugi atau ditinggalkan dalam proses perubahan ini, kecuali mereka yang memang tidak mahu atau tidak mampu berubah serta mereka yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam menjalankan tugas dalam parti.
Bayangkan, Ikhwaniul Muslimin Mesir telah melakukan perubahan terutama selepas Revolusi Medan Tahrir, Mesir baru-baru ini, demikian juga perubahan kepada strategi Gerakan Islam An-Nahdah pimpinan Rashad Ghanouchi selepas Revolusi Jasmin di Tunisia. Parti AK pimpinan Recep Tayyeb Erdogan, Turki juga telah melakukan perubahan.
Bekas Presiden Amerika, John F Kennedy pernah berkata, “Perubahan akan terus berlaku dan mereka yang enggan berubah akan ditinggalkan.” Oleh itu, perubahan tetap berlaku, sama ada kita bersedia atau sebaliknya.
Sementara itu, pelbagai pihak ingin melihat PAS meningkatkan lagi interaksi dengan pelbagai golongan rakyat – Islam dan bukan Islam - serta concern kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat pelbagai kaum. Ini supaya PAS dilihat benar-benar mengisikan konsep dan falsafah PAS For All.
Dengan itu ucapan para pemimpin di atas pentas dan perwakailan yang berucap di bawah mestilah menghantar isyarat jelas bahawa PAS For All itu bukan sekadar retorik, tetapi dilaksanakan sepenuhnya. Ini harapan pelbagai pihak terhadap Muktamar ke-57 ini.
Sementara itu, dari pengamatan saya terhadap beberapa Muktamar PAS yang lalu, ada kedapatan sesetengah perwakilan berucap mengulang-ngulang ‘membelasah’ Umno-BN dan pemimpin mereka tidak habis-habisnya, sehingga memakan masa yang panjang. Seolah-olah Muktamar adalah pentas Ceramah Perdana. Sepatutnya dibahaskan hal-hal yang lebih penting, umpamanya hala tuju PAS di masa depan, persiapan menghadapi cabaran dan sebagainya.
Bagaimanapun, memang ada pembahas yang menyampaikan hujah bernas dalam perbahasan mereka. Biasanya mereka ini membuat home work dan merujuk kepada teman-teman yang lain untuk meminta pandangan ketika menyediakan ucapan. Ini sewajarnya dilakukan oleh pembahas yang lain. Sementara itu, sepanjang ingatan saya, untuk pertama kalinya begitu banyak tokoh yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan dalam Muktamar ini - daripada Timbalan Presiden membawalah kepada AJK PAS Pusat. Ini sangat positif kerana membuka peluang luas kepada para perwakilan memilih tokoh terbaik dari yang terbaik secara demokrasi.
Inilah masanya perwakilan meneliti semasak-masaknya prestasi para tokoh itu dimasa lalu, keterampilan mereka, ilmu dan wawasan serta akhlak mereka. Semua ini untuk dinilai dan akhirnya dipilih. Inilah ukuran mutlak dalam pemilihan, bukan berdasarkan dari golongan mana mereka datang.
Tidak syak lagi, Muktamar PAS ke-57 ini sangat penting dan menjadi tumpuan perhatian pelbagai pihak, di tengah-tengah gelora politik dan cabaran yang kelihatannya sangat luar biasa. Taman Melewar, tempat Muktamar itu berlangsung akan segar kembali dengan pelbagai nostalgia, riwayatnya yang agung dan nama-nama besar yang terukir di sana. Ia juga sedang menyaksikan perubahan politik dan masyarakat sekeliling yang begitu pantas.
Ia menjadi sebuah monument gerakan Islam yang akan diingati sepanjang hayat. Namun, setiap yang berkunjung ke Taman Melewar itu akan segera terkenangkan Almarhum Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Ustaz Hasan Shukri. Semua mereka ini – bersama rakan seperjuangan yang lain - telah melakar sejarah PAS yang hebat.
Generasi masa kini PAS menjadi pewaris meneruskan perjuangan mereka. Selamat bermuktamar.

1 comment
satu perubahan yang besar dan mengejutkan... ape-ape pon kite tunggu dan lihat ape yg akan terjadi lepas ni
Post a Comment