Aspirasi pertahan Auku, bertegas masih relevan

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

SHAH ALAM – Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) berpendirian bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) masih relevan pada hari ini walaupun banyak pihak mahukan ia dipinda atau dimansuhkan.

Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, Auku perlu kerana ia memastikan mahasiswa terus fokus kepada akademik dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mungkin mengganggu pelajaran mereka.

Menurutnya lagi, dakwaan sesetengah kelompok mahasiswa yang mengatakan Auku bersifat menekan adalah tidak benar kerana banyak lagi ruang untuk menyuarakan kebebasan bersuara dan berpersatuan.

“Bagi Aspirasi, justifikasi Auku adalah masih relevan dan ia juga perlu untuk urus tadbir universiti serta selaras dengan perkara yang berlaku di universiti itu sendiri,” katanyapada Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk “Masih Relevankah Auku” anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

No comments

Powered by Blogger.