Blogger cabar peguam Rais jumpa di Konvensyen PR esok
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Amizudin Ahmat, penulis blog yang berhadapan dengan prosiding menghina mahkamah dalam kes saman Datuk Seri Dr Rais Yatim, menafikan laporan media awal hari ini kononnya beliau telah menghilangkan diri sambil menyifatkannya sebagai "satu fitnah jahat."
Sehubungan itu, Amizudin meminta agar menunggu kehadiran beliau di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 18 Januari ini.
"Saya tak pernah lari dan sembunyi pun... ini satu fitnah jahat... tunggu saya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 18 Januari 2012, jam 2.30 petang," katanya dalam mesej menerusi Twitter sekitar 5 petang tadi.
Dalam mesej yang menyusul 20 minit kemudian, Amizudin yang menggunakan akaun "DinSharpshooter" meminta peguam yang mewakili dibawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar bertemu dengan beliau di Alor Setar, lokasi Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga.
"Peguam Rais, esok jumpa saya di Konvensyen PR Alor Setar... apa kamu ingat saya sembunyi dan lari serta cuti tiga minggu seperti mamee ijat?" kata beliau.
Terdahulu laporan Bernama menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding menghina mahkamah melibatkan Amizudin, yang disaman Rais atas alasan pemblog itu telah 'menghilangkan diri'.
Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, berkata, keadaan tersebut menyebabkan beliau gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali bermula 25 November hingga 7 Disember lalu.
Muhammad Shafee berkata, pada 11 Januari lalu, pihaknya cuba mengambil peluang untuk berjumpa Amizudin yang menghadirkan diri untuk pendengaran kes rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya tetapi ia gagal kerana Amizudin sekali lagi menghilangkan diri.
Berikutan keadaan itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan 2 Februari ini untuk perbicaraan menghina mahkamah terhadap Amizudin.
Pada 21 November lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog tersebut telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya.
Perintah yang dikeluarkan Zabariah itu ialah susulan daripada keputusan saman fitnah pada 19 Julai tahun lalu yang difailkan Rais terhadap Amizudin.
Rais memenangi saman tersebut dan Amizudin diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada menteri itu.
Zabariah turut memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

No comments
Post a Comment