Hasan dakwa Anwar akan halalkan homoseksual
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.
Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.
“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.
“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan memberitahu pemberita di sini.
“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.
“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” tambah anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini lagi.
Selepas dibebaskan meliwat bekas pembantunya, Anwar telah dituduh menjadi penyokong hak-hak homoseksual, dengan Umno mendakwa memiliki bukti-bukti Anwar berkata demikian semasa satu temubual dengan rangkaian televisyen BBC baru-baru ini.
Mingguan Malaysia memetik pemimpin Pembangkang sebagai berkata semasa temubual bersama BBC itu, undang-undang dan hak-hak homoseksual di Malaysia dianggap “purba” dan “bukan berkaitan.”
Wartawan BBC telah meminta Anwar mengulas sama ada menolak idea anti diskriminasi dan hak-hak homoseksual, di mana dia telah dituduh berkata “kami perlu mengkaji semula beberapa undang-undang purba kami.”
“Kami orang Islam dan bukan Islam di Malaysia pada umumnya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara wanita dan lelaki, tetapi kami tidak sepatutnya dilihat untuk menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba seperti berkaitan,” kata Anwar kepada BBC.
Tetapi petikan tambahan pemimpin de facto PKR ttidak dinyatakan Utusan and Berita Harian.
Anwar juga berkata Pakatan Rakyat (PR), “kami tidak menggalakkan homoseksual, dan kami tidak perlu meminta maaf untuk itu.”
Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah “sah.”
“Tujuan saya sangat mulia, saya rasa hanya Allah akan tahu,” kata Hasan.
Dia menuduh Anwar gila kuasa, dan berkata PR gagal dalam rampasan kuasa pada 16 September, di mana Anwar telah berjanji akan berlaku pembelotan beramai-ramai dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama yang dari Sarawak dan Sabah.
“Jadi, saya atau Anwar yang gila kuasa? Saya berada di puncak kuasa sebagai satu exco, tetapi saya bersetuju untuk dikorbankan,” tambah Hasan.
1 comment
satu perkataan sahaj... ANGKUH
Post a Comment