Kaji semula sekatan kekang pelajar, kata VC Unisel

SUHARNE ZAINUDIN

SHAH ALAM - Pemangku Presiden dan Naib Censelor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr Anuar Ahmad menyarankan agar sekatan terhadap golongan pelajar universiti berpolitik harus dikaji semula.

Beliau berkata, sekatan tersebut secara tidak langsung menghalang negara melahirkan golongan mahasiswa yang berpotensi menjadi pemimpin pada masa akan datang.

"Adalah menjadi sesuatu yang pelik kerana pelajar yang tidak masuk universiti dibenarkan mendaftar dalam parti politik tetapi pelajar yang masuk universiti tidak dibenarkan berpolitik.

“Oleh itu, ini adalah sesuatu yang diminta agar dikaji semula kerana kumpulan yang cerdik ini tidak diberi dan dihalang," katanya.

Beliau turut menegaskan,Unisel sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pelajar-pelajarnya berdemonstrasi sekiranya ia dilaksanakan secara formal dan bertanggungjawab,sekali gus menyangkal dakwaan universiti berkenaan tidak mengamalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

No comments

Powered by Blogger.