DR Rani: BR1M Untuk Pancing Pengundi
Oleh Lizawati Madfa
SHAH ALAM, 26 JAN : Bantuan bermusim seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sering dilakukan menjelang diadakan Pilihanraya Umum oleh kerajaan BN yang diperkenalkan baru-baru ini memperjelaskan bahawa ia bertujuan semata-mata untuk memancing pengundi.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata Pakatan Rakyat menerima baik sebarang usaha untuk membantu meringankan bebanan rakyat oleh mana-mana pihak samaada kerajaan maupun badan-badan swasta.
Namun usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan bagi membuktikan keikhlasan dalam memastikan rakyat terus terbela
“Kenapa dari dulu mereka tidak kembalikan hak yang sepatutnya milik rakyat? Kalau dihitung, sejak 50 tahun memerintah bantuan yang disalurkan sebanyak RM500 itu bersamaan dengan RM 9.09 sahaja setahun, bermakna sebulan hanya RM 0.75.
“Jadi jelaslah mereka ini tidak ikhlas. Semua ini mainan politik yang rakyat sudah lama tahu dan sedar. Rakyat hari ini tidak bodoh menilai,” jelas Dr. Rani yang juga Adun Meru.
Menurut Dr. Rani segala bentuk bantuan dan pemberian tersebut perlu diterima dan diambil kerana wang tersebut adalah dari wang rakyat hasil dari kutipan cukai dan hasil negara.
“Apa sahaja yang mereka beri, rakyat perlu ambil kerana itu bukan duit dari poket pemimpin BN. Bak kata Tok Guru Nik Aziz, kalau diberi kain pelekat pun kita ambil asalkan undi itu jangan pangkah mereka,” nasihat Dr. Rani.
Katanya, amalan rasuah dan sogokan yang berlaku secara berleluasa dalam kerajaan serta pemimpin-pemimpin BN yang cuba di ketengahkan kepada rakyat merupakan sikap tidak jujur yang perlu dibenteras.
Ujarnya kerajaan yang telus dan prihatin sepatutnya tidak mengamalkan amalan sogokan politik kepada rakyat sebagaimana dilakukan kerajaan pimpinan BN.
“Sebagai contoh kerajaan Selangor sekarang yang menyediakan pelbagai insentif dan bantuan mengurangkan beban rakyat dengan mengembalikan semula kekayaan negeri ini kepada rakyat yang sememangnya berhak.
“Kalau dulu semua kekayaan negeri ada yang masuk dalam kocek pemimpim-pemimpin tertentu yang hanya baki kecil sahaja diperoleh oleh negeri,” ujar beliau.
Jelas beliau rakyat seharusnya menolak amalan sogokan bermusim yang diamalkan oleh kerajaan pusat pimpinan BN dalam pilihanraya umum akan datang bagi memastikan kekayaan negara dapat dinikmati rakyat secara adil dan berterusan.

No comments
Post a Comment